bila hati bernyanyi..jemari kan menari
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan

6 Mac 2012

kurnia

kurnia..
kerna kasih sayangMu Allah
lalu anugerah ini Kau kurniakan
atas nama cinta
lalu kurnia ini aku terima
demi cinta
nyawaku jadi galang gantinya
redup mata indah
buat aku sendu dalam suka
mulus wajah suci
seakan sukar mahu percaya
segalanya sempurna
buat jiwa bersyukur tiada noktah
semua demi kurnia ini
yang lahir dari rahimku
lambang cinta aku dan kekasih

19 Okt 2011

jarum

kenapa dengan jarum?? 
alkesahnya, aku dah mula bosan dengan prosedur klinik kesihatan ni
masa kandungan aku masuk 18 minggu
macam bakal-bakal ibu yang lain
aku kene minum air gula
nak check if aku ada kencing manis ke tak
aku pon tak reti nak sebut name panjang nya
pendeknye GDM


dan aku kantoi time tu
sebelum minum glukos, gula dalam darah normal ; 4.4
lepas minum keputusannya ;8.1
so dah melebihi tahap normal
kene la pegi sesi kaunseling diet


ala masa tu kan bulan puasa
memang aku bantai minum manis dan 
makan buah tembikai tu
banyak setiap kali buka
salah sendiri la kan
tak beringat


sebagai langkah keselamatan
diorang nak pantau diet aku
jadi setiap 2 minggu aku kene jalani BSP
amik darah 4 kali sehari
nak tgk tahap gula aku
pre-breakfast
pre-lunch
pre-dinner
pre-supper


penat wei.. kene berulang ke klinik tu sampai 4 kali
kene cucuk dengan jarum lagi amik darah
ingat senang nak tambah darah?
dah la aku nye darah nie terlebih pekat
sedap2 je nurse-nurse tu cucuk-cucuk tangan aku
sedut darah aku smapai setengah tabung tu
huhuhu..
sadis tol..
tak pe lah, demi sayang aku dalam perut ni
aku sabo le ni..
memang kerja aku akan huru hara sket bila hari tu tiba


tapi jemu la..3 bulan lagi lak tu kene bertahan
padahal result aku normal je setiap kali test BSP
aku ingatkan kalo normal tak perlu lah terus kan prosedur tu
rupenye, sekali detect diabetis
sampai bersalin kene buat BSP..waaa~ 


jarum..jarum..3 bulan lagi la tahan sakit jarum tu mencucuk-cucuk
dapat nurse yg tak expert
2-3 kali try cucuk..haru~

20 Ogo 2011

dear abah

ye xpernah lupa
abah yang rajin nak ikatkan rambut
masa nak gie sekolah kecik-kecik dulu
abah yang rajin buat tocang / ikat ekor kuda
abah yang akan hantar pegi sekolah pagi-pagi
abah jugak yang setia ambik dari sekolah agama petang-petang
kadang naik kete selalu naik motor
bila abah keluar wad sebab operate kt perut
abah peluk aku macam rindu sangat

ye masih ingat
abah yang akan bawa jalan-jalan
naik motor pusing-pusing kampung
sampai ke lombong nun hah
abah yang cool layan kerenah kitorang
bila lori jajan datang
untuk tambah stok kedai runcit abah
kitorang yang pilih macam-macam ikut selera
sebab tu kot kedai dh tutup

abah tak lah garang
tapi sekali dia jegil mata
cukup..semua jadi bisu
sekali dia sound
berdas-das sentap ke hati
dan hanya aku dan abah yang tahu
aku pernah kene lempang dengan abah
sebab simbah air kat abah masa orang tua tu gi toilet
mane aku tau..nampak macam abang aku
aku nak pedajal lah..sekali..hah amik ko sebiji

ye tetap ingat
abah yang akan wajib setiap minggu
suruh mak masak dan ajak mak datang
melawat aku kat asrama
nanti berkelah lah bawah pokok kat smapk tu
abah siap baring baca surat khabar
masa bah nak gie umrah dengan mak dan adik
abah sedih nak tinggalkan aku
abah peluk aku kuat-kuat

ye mane mungkin lupa
bila time balik kampung
abah yang akan setia ambik aku
walaupon malam hujan ribut 
abah yang akan sibuk beli apa yang aku nak makan

ye..ye aku ingat
dari kajang-melaka-bangi
abah tak pernah jemu or merungut
untuk hantar dan ambik aku dari hostel
bila dah kerja kt putrajaya pun
abah masih turutkan
bila aku malas pergi / balik keje naik bas
abah yang jadi driver

dan sampai aku dah jadi isteri orang pon
abah tetap setia datang jenguk aku
belikan ape ja yang aku nak makan
abah yang tetap ceria jawab call aku
abah yang tak pernah merajuk dengan aku
walaupon kadang-kadang abah diserang virus
bisu seribu bahasa

banyak lagi..tak mampu dah nak luahkan
dan aku nak abah tau
aku sayang abah sama macam aku sayang mak

SELAMAT HARI JADI ABAH

celebrate besday aku dan abah tahun 2008

3 Jun 2011

muak


pernah tak korang rasa muak dengan sesuatu yang pernah jadi kesukaan korang. kesukaan yang menjadi kegilaan. bila dulu siang malam sesuatu itu lah yang sudi kau tatap tanpa bosan. tapi sekarang serasa macam tiada hati lagi meledeninya. mungkin pernahkan? kesukaan itu boleh jadi apa saja. main game kat lappy kesayangan korang. atau bergayut kat fon tengah malam dengan mamat yang korang tak berape nak minat.haha apa sajalah.

dan tiba-tiba aku hadapi situasi itu hari ini. bila novel depan mata ini tak lagi menarik hati aku untuk aku ulit mcm dulu-dulu. tak tau la pembawakan budak ke apa. tapi yang pasti.. baru habis satu perenggan, aku dah betul-betul berat hati nak teruskan. muak.muak dengan permulaan cerita yang dah sarat emosi. dah penuh dengan kesilapan dek mengikut perasaan.

ya ya, dulu menatap setiap baris tulisan-tulisan penulis , aku letakkan seluruh empati aku. menjadi kan diri sendiri watak dalam cerita. bukan sekadar menghayati tapi memasukkan segala rasa dalam jiwa. hingga sakit perit watak itu , aku yang menyentap-menyentap menangis. riang hati si pembawa cerita aku yang ketawa berlebihan...haha. dan pengembaraan cerita itu akan jadi pengalaman hidup aku. dia dicurangi aku yang menjadi benci. dia rasa malu, aku yang melata merah muka. haha..di tersenyum simpul disapa pujaan hati, aku yang terbang riang-riang sambil menyanyi.

tersenyum sendiri mengenang kegilaan dulu. setiap pelakon cerita bagai kenalan yang telah lama aku kenali. hingga kalau berkongsi dengan kawan-kawan, sebut nama saja aku boleh ulas seluruh novel=)walau novel aku tidak lah penuh satu bilik, tapi setiap karya yang ada aku halusi, aku nilai segala bahasa dan plot kisahnya, dan pastinya, setiap satu aku dah ulang baca sekurang-kurangnya dua kali:) yang istimewa di hati, 45 kali pon pernah aku ulang baca. hehe. ya mereka istimewa di hati aku. betul aku tamak. tamak nak kasi orang lain pinjam novel aku. taubat bila 2 novel aku dihilangkan orang.benci!

itu dulu.dulu masa masih si sunti yang tiap malam bergolek menghadap kesukaan yang satu itu. tiba-tiba hari ini. aku muak dengan permainan emosi dalam kertas putih bertaip warna-warna hitam ini. mungkin kerna menatapnya aku tidak lagi boleh berangan menjadi si watak pembawa cerita. sebab aku telah berhadapan realiti sebenar hidup. bukan lagi masa depan yang boleh aku bayangkan.tapi aku sedang menghadapi satu tahap lagi selepas bercinta-cinta. mungkin kerna aku sedang melalui sendiri jejak-jejak kesah menjadi seorang isteri buat suami yang dicintainya. dan coretan-coretan dalam helaian-helaian itu umpama omongan dusta, sedang nyatanya yang aku hadapi adalah berbeda. 

atau mungkin kenyataannya sama. seperti terkena ke batang hidung sendiri. lalu terus membaca umpama berhadapan dengan kenyataan, umpama perjalanan hidup sendiri dilakonkan dihadapan mata. dan ego membataskan untuk berhadapan dengan cerita benar itu.mungkin. segalanya mungkin. aku harap ini hanya buat sementara saja. kerna aku masih sayangkan tulisan-tulisan kamu penulis semua.berkarya lah. !!!

30 Mei 2011

terima kasih Allah

tiada kata yang dapat kugambarkan
riangnya hati terima perkhabaran
yang pastinya penantian ini akan penuh debar
menghitung saat cukup 9 bulan
dan yang mampu terlafaz hanya
terima kasih Allah
.........
selamatlah anak ibu=)

29 Apr 2011

berdukacita

wak long aku kembali ke rahmatullah
mak on masih terlantar sakit di hospital
emak kesayangan aku kabarnya semalam di wad kecemasan kerna sakit dada
abah masih demam
mamu masih dalam kondisi merisaukan

lalu aku sedang berdukacita.titik

2 Apr 2011

jumaat di awal purnama

dah bulan baru. cepat sungguh masa berlalu. dalam pejam celik pejam celik. habis sudah suku tahun pertama. mungkin ade syarikat yang sedang sibuk tutup akaun. atau ada juga individu yang sedang membuat bajet bulan baru. mesti macam-macam perancangan yang sedang berbaris kan. jumaat lepas pasti ramai yang tersenyum sebab akaun bank mereka dah pun dikreditkan.


kalau dulu, mungkin aku pun serupa itu. menunggu tanggal awal bulan. setiap hari cimb clicks tue aku jengah kan.hehehe. itu dulu. sekarang. untung maju poket aku, atas usaha aku memajukan bisnes ni dengan suami. Alhamdulillah. rezeki lebih bulan ini.


hari jumaat awal bulan begini, alamanda pasti penuh waktu rehat nanti dengan kakitangan kerajaan kan? pasti sesak lah sogo tu dek jualan murah nya. tapi kat taiping ni. aku xnmpk dh fenomena-fenomena macam tu.hehehe.


jumaat kali ni. permulaan bulan baru.pada penghulu segala hari. ada yang memulakan hari dengan senyuman. ada yang masih dalam kerunsingan. aku? tetap seperti hari-hari sebelumnya cuma.. dah lama aku tak beri senyuman buat diri sendiri macam yang aku buat setiap pagi dulu-dulu. sebab sekarang tiap kali aku bangn tido , aku cemas sendiri. takut terlajak lah. takut mak mertua aku dah ke dapur tapi aku masih membutakan mata. huhuhu. ampun ye mami..


jumaat tetap hari terindah dalam hidup aku. dan hari ini. sedikit perkembangan baik khabar dari makcik di hospital. malam ini juga keluarga aku akan mengadakan solat hajat bersama.mendoakan mak cik aku cepat sembuh.semoga kita semua sempat berjumpa jumaat akan datang.

4 Mac 2011

tiga duri dihati bonda

telinga tertangkap judul cereka yang mengingatkan aku pada bonda di kampung. satu-satunya bonda bagi dunia dan akhirat ku. 


tiga duri dihati bonda..ya kisah kami 3 anaknya. penambah tawa dan duka dalam hidup bonda. racun dan penawar hati kecil bonda. 


ratu hatiku kami itu tiada pernah melahirkan sesalnya mendewasakan kami duri-duri dalam tamannya.membaja kami dengan kasih dan harta dunia.dengan sayang dan material secukupnya. permaisuri itu tetap saja berkorban jiwa raga, saat dan sakunya menyempurnakan kesukaan dan kemahuan duri-duri ini.duri-duri yang seringkali melukakan sentuhan kalbunya, yang acapkali mencalar pedih nuraninya. baik dengan kenakalan jiwa muda atau kisah duka pabila duri-duri ini tersagat kelansungan cita-cita.namun bonda tetap jua menyimpul indah senyumnya buat kami menjadi tombo ati kami dan hati tuanya.


kini duri-duri ini semakin tegap pacaknya, bersama tangkai yang kian menjalar menyungsung awan, berhias bunga mekar lambang kejayaan atas jasa bonda membesarkan.menyiram kami dengan nasihat, membelai kami dengan sentuhan hangat.


dan bonda..tetap menjadi warna sari buat duri-duri ini..

24 Feb 2011

yeeeaaahhhaaaa!!!!!



"selamat pagi cikgu!" laung Ehsan intan payung si ketua kelas Upin&Ipin.
hehehhe.. ape pagi2 dh mengarut. sebenarnye nak ckp cam nie..


Selamat Pagi korang!!!
" hari yang ceria=)" jerit si kecil iklan ribena pula.. hish apsal byk sgt watak kanak2 mengganggu minda aku pagi nie=)  kenapa aku happy sgt nie? "KENAPE???" tanya si peserta uji bakat iklan fresh&white kt radio. hehehe


segala nya dah dirancang lama. harini aku & suami nak balik banting. yeah yeah balik kampung.. "balik kampung..ohoo balik kampung..ohoo balik kampung..hati girang.." la..dah lagu sudirman pulak.. yela kan kelmarin ulang tahun memperingati kembalinya Allahyarham Sudirman ke Rahmatullah... semua media penyiaran termasuk lah media priema dok pasang lagu2 sudirman. hehehe mula lah tue melalut lagi.


ok..ok aku cite plan aku. esok pagi nak gie pejabat agama kuala langat. baru nak ambil surat nikah yang sah=) hehehe tak berkesempatan la. aku kan jauh. pastu malam esok ade majlis makan malam kt kediaman bonda. masakan ala barat khas dr Shangri-la Hotel,KL.. wahh classs gitu!! hehehe yela kan abang aku chef kt sana..die yg nak masak.. sempena besday die..hahaha besday boy kene masak sendiri. kami tukang makan je. dgrnye menu nye sungguh membuat aku terliur.. so aku tumpang sekaki seperut ( sbb nak mkn kan..) untuk celebrates sekali besday hubby aku=)


sabtu??wuhu... mari kita gegarkan stadium Melawati tue dgn konsert maher zain... "insyaAllah..insyaAllah...insyaAllah..ada jalan nya" haaa tue dia kan maher zain dh nyanyi kt telinga aku nie..hehehe. thanks kt hubby aku yg sudi bawa aku ... aku tak lah fanatic sgt dgn maher zain nie. suke lagu2 die je. kami plan gie beramai2 dgn kerabat2 hubby aku. jgn jeles ye...=p
pas konsert cik abg i nie kata nak mkn the best chicken chop kt selayang.. i x kesah.."i followwwww" gediks si SY & KE @ sinar pagi bersama Kril...


Ahad pon mcm2 program. kwn aku kawen kt kampung.. xsure lagi nak gie ke tak.. belum bgtau suami aku. aritu kawan aku tue xdtg masa aku kawen,. tp die tetap kirim salam dan hadiah. so mcm xpatut kalo xpegi. rumah dekat je. tgk lah cm ne.
ahad gak ade program family kt shah alam. ade bengkel IT dan mesyuarat bulanan. bulan lepas aku dh xjoin meeting sbb xsehat nak ke gunung ledang tue.huhuhu. insyaAllah akan ku usahakan bulan nie.


so.. dh tau kenape aku hepi?? kan aku kata blog nie untuk diri yang gembira dengan diri sendiri. so aku gembira nie, tu yg boleh melalut pjg2.. 


tata..

18 Jan 2011

sepi seketika

sepi ku
bukan kerna rajuk hati
sepi ku
tiada erti membawa diri
sepi ku
sekadar memberi ruang
menggelumangi dunia baru..

3 Dis 2010

sayonara jpm

hari akhir di ruang sejuk beku bahagian akaun nie..buat aku terkenang saat mula2 menjejakkan kaki menjadi warga PAJPM. siapa sangka, kerja sementara yang aku harapkan ini masih kekal aku lakukan. sehingga saat ini akan dah pun hantar surat letak jawatan..

ke mana aku?
dapat kerja baru ke?

haah, dpt kerja,jawatan,dan status baru:)
sabtu prg mgu depan korang kena panggil aku PUAN..ops..bukan sapuan..itu abah aku:p
tapi Puan NAZ..kihkihkih..dan aku akan memulakan kerjaa baru aku sebagai isteri & bisneswoman..cayalah, ade bisnes sendiri dlm umur 24 tahun?wah..segala puji pada Allah yang membuka peluang ini buat ku.

aku akan mengikut bakal suami berhijrah ke taiping dan menjadi share  partner dlm bisnes dia. so aku seharusnya menamatkan zamanku di kompeks JPM nie..

kenangan?

memang banyak, tak terluahkan..
biarlah hanya doa dan ingatan yang mengikat hubungan aku dgn sahabat2 kt sini. ak harap ilmu yang aku dapat selama aku kt sini dapat bantu kehidupan aku masa depan, dan aku harap sumbangan kecil molek aku kt sini jadi kenangan..

semalam majlis penuh makna diorg aturkan buat aku.. terharu cuma Allah yag tahu. terima kasih kalian
aku juga ingin berteima kasih pada semua dan sudilah maafkan diri yang serba kekurangan nie..

buat sps bahagian akaun : moga rezeki korg cepat tiba, & jgn nakal2..gonna miss u

p/s: gambar belum sempat upload;p

23 Nov 2010

ESQ 165 : suatu titik perubahan

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
segala puji bagi Allah Tuhan pencipta sekalian alam

SACC SHAH ALAM
19-21 NOVEMBER 2010

syukur Ya Rahim dengan rahmat kasih sayang Nya dan izinNya aku diberi peluang mengikuti pengalaman yg selama ni digembar-gemburkan oleh kazen2 aku yg dh merasainya..terima kasih yg tak terhingga kepada ayahanda Dato' Dr. Hj Zabir Bajuri atau aku lebih mesra menggelar pakcik ku ini Wak Abin. terima kasih kepada wak kerana memilih aku dan adik aku kali ini mengikuti training ESQ.

benarlah, mereka selama ini tidak mampu berkongsi dengan kami kebahagiaan apa yg mereka rasai melalui training ini. dan kini aku paham.. kebahagiaan itu tidak mampu diucapkan dengan kata2..hanya melalui nya kita akan merasai sendiri..

bukan ajaran baru yg mereka sampaikan..bukan ilmu baru yg mereka war-warkan.. tapi hanya suatu penyedaran tentang ilmu-ilmu akademik yang aku pelajari..dan NAH saksikanlah sendiri bahawa segalanya telah diajarkan oleh Utusan Allah yang mulia itu sejak berabad lamanya melalui Al-Quran.. dan training ini hanya membuka mata aku tentang kebenaran Al-Quran..kalamMULLAH..dan membenarkan ajaran KekasihNya itu..

menyentap hati kotor ku.. dengan peringatan-peringatan..ibadah bukan hanya pada lisan dan perbuatan, di mana keIslaman dan keImanan ku, hingga hati jiwa ini tidak dibawa bersama mengahadap Ya Kholiq..

tiada kata lagi yang mampu aku ucapkan.cuma harapan agar lebih ramai lagi insan2 kesayangan ku diberi peluang oleh Allah untuk merasai kebahagian yang ku rasakan ini.. SYUKUR YA RAHMAN..KERNA MEMBERI AKU PELUANG MEMPERBAIKI DIRI..MENDEKATKAN DIRI DENGAN MU...

.....LAILAHAILLALLAH....MUHAMMADDURRASULULLAH........

8 Nov 2010

cinta makin terang

terlihatnya cinta itu
sedang penuh bak purnama
sejuknya hati merindu
seperti butir-butir putih salji melitupi benua

pernah ku tanyakan mu
mengapa suntingan itu buatku
kabur bicaramu hilang punca dimana jawabnya

hampir sempurna sumpah dan janji
bila lambang adat terletak di belahan jari
mekarnya kelopak jiwa
bila kosa-kosa kata mengikat dua keluarga

pernah ku bisik sayang
dan senyum itu balasan
jelas kasih itu bukan dari ungkapan

makin terang di depan kita
menghitung saat akad terlafaz
saat jalinan lebih dari ikatan
saat penyatuan lelaki dan perempuan
dalam landasan hukum mengizinkan


puterirembulanbiru
08112010
jam 12:38

12 Okt 2010

hari itu semakin hampir

dalam aku bersenang-senang tidak membuat sebarang persediaan
dan bila di tanya : girl, how ur preparation
aku cuma jawab : nothing


dengan harapan segalanya mampu disiapkan menjelang bulan 3
dengan andaian akan dapat kerje yang gaji tinggi sikit
dengan impian dapat kumpul duit lebih sikit
aku cuma berfikir untuk memulakan dr A
pada awal disember nanti


kan betul orang kata : 'kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan"
lalu bila perkhabaran itu aku terima
dan keputusan telah diambil
aku baru terasa, bagai dihempuk dengan pembaris panjang warna kuning zaman sekolah rendah dulu
*yang selalu cikgu guna untuk buat garisan di papan hitam*
adoi: sakitlah!
dan aku mula terkedu..wah banyak rupanya perkara yang perlu SEGERA! aku fikir dan BUAT!
maka itu lah kenyataan nya : perkahwinan aku dipercepatkan dan aku akan bergelar isterinya lebih awal dr perancangan mula-mula dulu *01.01.20118???


moga Allah mendengar doaku..untuk mempermudahkan segalanya... 





29 Sep 2010

sibuk

minggu yang tersangatlah sibuknya
disebabkan puasa..jadi waktu rehat pon termiss sebab sibuk kejar nak siapkan kerja2 ni..
tapi dh masuk 5 hari..tetap tak sempurna

21 Sep 2010

hanya mahu bertenang

hari ni hari ke2 puasa ganti
harap dapat bahagian syawal tu


hari ni ada jamuan raya JPM
mungkin PM datang
tapi aku tak rasa nak pergi pon


boss tanya kenapa tak nak pergi?
aku jawab: saya puasa malas la


sebenarnya...
aku hanya mahu bertenang-tenang
menghayati hari indah 
12 syawal ni..


tak rasa nak meletakkan diri
dalam suasan riuh rendah
jamuan tu nanti..


tahun lepas dh rasa kan??
so tak pe lah tak gie tahun nie..
















<: last year event raya @ puspanita hall:>

20 Sep 2010

alhamdulillah

.........i praised to Allah for send me YOU mylove......

10 Sep 2010

raya datang lagi

raya datang lagi!!! ( baca dlm nada tora datang lagi)

buka terakhir ramadhan tahun ini senja smlm, benar-benar buat aku bahagia..kami ber5..abah..mak..abang..aku..adik.. dengan hidangan kegemaran kami..sambal cili api usus ayam.( mesti korg tak pernah dgr kan..apatah lagi tgk dan makan..kan?)

malam tadi tak banyak kerja sebab menu kami tahun nie bukan nasik lemak mcm tahun-tahun lepas..bukan jugak ayam bakar..bukan jugak spageti bolognese macam dulu-dulu.. so tak de lah sibuk nak masak sambal merah kan.. aku cume perlu siapkan meja untuk hidangan raya, kemas dapur dan susun pinggan mangkuk.

dan pagi nie.. raya paling pelik bg aku.. selalu pukul 5 dh bangun ke dapur, tp pg nie, subuh pon pukul 6.15am.. macam tak raya je.. 

dah siap-siapkan bahan nak masak ayam *bersara pencen berempah..sambal cili api udang..dan tumis tauhu kering+suun...

adik plak bersiap-siap nak gie keje..abang dan isterinya bersiap-siap nak ke rumah mentuanya.. pukul 7.30 pagi kami dah beraya dan bermaaf-maafan.. aku tak tau ape perasan aku time tue.. nak nangis tp tak terkeluar..tgk mata merah mak abah..tambah sebu dlm dada.. memang lain bila pagi indah nie aku jadi anak 'tunggal'

bila abah ke masjid, aku terus ke dapur, siapkan menu-menu untuk tetamu nanti.. mandi sunat aidilfitri dan berdandan dengan make up baru..pon belum bisa mengundang riang dalam hati..sehingga mms dr tersayang ku masuk..baru aku seperti berperasaan semula..sayu..sedih..pilu.. tapi ustaz kata jgn ditangisi syawal kerna insan2 sekeliling kita..biar tangis itu kerna mensyukuri nikmat Allah..atau mengharapkan rahmatNya..

dan menjadi sejarah..hanya aku yang mengucup tangan mak abah pagi selepas solat..tanpa adik dan abang.. hanya gambar kami ber3 yang sempat aku rakamkan..

MAAF ZAHIR & BATIN


<:ihsan sepupuku muna wirah:>

p/s: gambar yang aku snap belum sempat upload=p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...