bila hati bernyanyi..jemari kan menari
Memaparkan catatan dengan label al-kesah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label al-kesah. Papar semua catatan

24 Dis 2011

my 1st wedding anniversary..

yaAllah.. ade ke last entri awal muharram.. punye la berhabuk blog aku ni..
well.. name pon bisness woman kan..busy la babe..hehehe..
sebok melayan baby dalam perut ni tak de masa nak online..cheh alasan..


tapi memang hakikatnye aku sangat busy..alhamdulillah, rezeki anak yang bakal lahir agaknya, job masuk tak putus-putus..syukur ya Rahman..


ape pon ade kesempatan ni, rasa macam nak share something la kan..
hehehe dah 2 minggu pon berlalu.. 11.12.2011 aritu genap setahun umor mahligai bahagia yang aku bina dengan encik terchenta ni..jangan jeles aku kawen same dengan birthday sultan selangor;p.. Alhamdulillah..dalam dok excited tunggu kelahiran baby, tak de idea nak bagi apa kat tersayang aku tu sempena ulang tahun perkahwinan kami yang pertama ni.. rasa cepat sangat masa berlalu..rasa macam baru je bagi macam-macam dalam hantaran aritu..hehehe.. 


tak disangka-sangka..dia yang buat suprise kat aku..memang betul2 terharu la..rasa nak nangis peluk dia..
dia suruh bukak seat motor konon tengok kan ade tak pack lesen dia dalam tu..rupenye ade hadiah terbalut cantek buat aku. wrappers pon design sendiri ..wahaaa... so sweet...


aku?? siyes babe tak tahu nak belikan apa.. ape yg aku tau..kad + puisi cinta ikhlas dari aku istimewa buat tersayang ni.. ops kad pon design sendiri tau...hehehe..




macam-macam suprise aku terima.. pagi tu keluarga mak long dia dah tempah kek untuk kitorang, siap panggil kitorang datang umah potong kek. pastu petang pegi umah kakak ipar aku, pon diorang dah beli kek untuk kitorang..huhuhu.. syulur Tuhan atas rahmat dan kasih sayangMu buat kami semua.
doa aku moga cinta kami terus mekar sampai akhir hayat..dan Allah sentiasa merahmati keluarga kami..

LOVE U SO MUCH MYLOVE

19 Okt 2011

jarum

kenapa dengan jarum?? 
alkesahnya, aku dah mula bosan dengan prosedur klinik kesihatan ni
masa kandungan aku masuk 18 minggu
macam bakal-bakal ibu yang lain
aku kene minum air gula
nak check if aku ada kencing manis ke tak
aku pon tak reti nak sebut name panjang nya
pendeknye GDM


dan aku kantoi time tu
sebelum minum glukos, gula dalam darah normal ; 4.4
lepas minum keputusannya ;8.1
so dah melebihi tahap normal
kene la pegi sesi kaunseling diet


ala masa tu kan bulan puasa
memang aku bantai minum manis dan 
makan buah tembikai tu
banyak setiap kali buka
salah sendiri la kan
tak beringat


sebagai langkah keselamatan
diorang nak pantau diet aku
jadi setiap 2 minggu aku kene jalani BSP
amik darah 4 kali sehari
nak tgk tahap gula aku
pre-breakfast
pre-lunch
pre-dinner
pre-supper


penat wei.. kene berulang ke klinik tu sampai 4 kali
kene cucuk dengan jarum lagi amik darah
ingat senang nak tambah darah?
dah la aku nye darah nie terlebih pekat
sedap2 je nurse-nurse tu cucuk-cucuk tangan aku
sedut darah aku smapai setengah tabung tu
huhuhu..
sadis tol..
tak pe lah, demi sayang aku dalam perut ni
aku sabo le ni..
memang kerja aku akan huru hara sket bila hari tu tiba


tapi jemu la..3 bulan lagi lak tu kene bertahan
padahal result aku normal je setiap kali test BSP
aku ingatkan kalo normal tak perlu lah terus kan prosedur tu
rupenye, sekali detect diabetis
sampai bersalin kene buat BSP..waaa~ 


jarum..jarum..3 bulan lagi la tahan sakit jarum tu mencucuk-cucuk
dapat nurse yg tak expert
2-3 kali try cucuk..haru~

13 Sep 2011

balik kampung..ooo..balik kampung

25 tahun
baru lah nak merasa
erti sebenar balik kampung
masa hari raya
dulu balik umah nenek
belakang umah je
umah paman sebelah je
umah wak selang beberapa rumah

tahun 2010
aku sorang je anak yang tinggal
di pagi raya
tahun 2011
adik pulak jadi anak tunggal

tahun 2010
tak dapat amik gambar penuh
abang balik
adik kerja
adik kat rumah
abang kat rumah mentua
aku jugak yang jadi anak mak
kat rumah

tapi tahun ni
dapat kami kumpul bersama
malam hari raya kedua

family berkembang..ahli nye pon makin kembang-kembang


12 Sep 2011

raya ..dan raya..

dh 14 syawal baru nak cite pasal raya?? haha..tak lah sebok beraya pon. tapi tak de feel nak bercerita pasal raya. syawal pertama sebagai isteri.dan raya pertama di rumah mentua..jauh dr keluarga


memang la bulan ramadhan aku lalui dengan hati yang tak berape nak khusyuk..libang libur.. tapi saat takbir raya tu kedengaran, perasaan indah macam tahun-tahun lalu tetap aku rasai. syahdunye mengalun takbir, meresap jauh dalam sanbari. menatap wajah ibu mentua, wajah suami..terasa damai dan bahagia.. rasa asing itu jauh pergi meninggalkan aku.


sebelum maghrib menjelang syawal.. yassin dan tahlil buat aku bertambah tenang.. dengan telatah puteri-puteri kecil, riuh rendah rumah , terasa meriahnya.. sampai jam berdeting jam1 pagi pun..mata masih belum mahu lena. di sini aku santai..kalau dikampung, pastinya aku tidur lewat saban tahun sebab menyiapkan rumah untuk para tamu yang tak sudah-sudah..


bila subuh terjaga.. perasaan aku sama mcm saat aku kt olak lempit. sejuk pagi nya tetap sama, bau raya tu tetap sama..syukur alhamdulillah. 


dan pagi..air mata ini laju saat tangan hangat suami aku kucup..


masih boleh beraya kan..
Salam Syawal semua:)

18 Ogo 2011

si tempang

al-kesah...
tersebut lah kesah..toyyiibb
aku nak membuat cookies "famous amos" aku
dan aku rasmikan hadiah kawen
dari kawan-kawan JPM
diorang nak bodek aku
biar selalu buat cookies & cake
biar diorg leh jadi pirana kat ofis
jadi diorang bagi aku the mixture mesin gaul biskut tu
sekali aku dok jauh..tak dapat ler dema nak merasa lagi=p

aku pon seronok la malam tadi nak mulakan operasi
godek punya godek
susah betul nak pasang besi pengadun tu
puas aku belek-belek
sebelah je masuk elok, sebelah longgar nak terkeluar
lastly aku detect ade something wrong
so aku teruskan la acara malam td dengan hanya sebelah je besi tu
mak mentua aku tengok cite si capik
aku buat keje dengan si tempang


see..korang ade??


tapi hasilnye tetap memuaskan



jeng..

jeng...

jeng....



hubby kata gemok2 macam aku

sila jamu mata je ye..tahun nie saya tak terima tempahan^-^

29 Mac 2011

sembuhkan lah YaAllah

telefon berbunyi pagi ahad tu. suara cemas mak, buat jantung aku berdetap. jauhkanlah lah dari fikiran buruk itu yaAllah.pintaku.

pada suami dan kelurganya aku khabar kan. berita-berita semasa akan terus masuk ke kotak pesanan telefon bimbit. debar. hanya Allah yang mengerti. 

petang, telefon berbunyi lagi. panggilan video. dari empunya diri. ya, dia masih tersenyum. masih risaukan, kenapa khabar nya sampai pada aku yang jauh. dia yang aku risaukan, aku pula yang dikhuatirinya. titis jernih mula merembes. melihat pilu wajahnya dari kejauhan. 

kondisinya masih belum jelas. cuma deritanya itu ku tafsir dari air mata puteri hati nan seorang. dan menggamit aku untuk sedih sama.

cuma satu bonda ku. tapi dia yang kedua. aku anak tunggal perempuan. tapi puterinya itu kakak. lalu sedih si kakak, ketahuilah.. aku juga merasakan . dalam hati hanya doa dapat ku bantu. dalam tangis, Allah tahu aku redha. aku pinta Allah permudahkanlah segalanya. 

senja, telekung telah tersarung. sementara menunggu imamku berwudhuk. sendu menggangu kerna fikiran melayang ke hospital kelahiran ku itu. moga dia baik-baik aja. demi melihat aku dan air mata si pencinta ku bersuara " kemas beg, kita balik malam ni"

aku tak beraksi. usai solat dan ku kucup tangannya, beg di bawah katil aku punggah dua tiga helai baju ke dalam nya. dan kami bergegas pulang ke banting. hajat hati nak singah terus ke wad. tapi pukul 12 malam itu, takut dihalau pengawal saja.

semalam, kami jejak ke hospital . setelah 25 tahun, aku kembali ke hospital tengku ampua rahimah ini. kata sepupuku " sejak keluar tak masuk-masuk.."
tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat lahir. walhal, aku bukan ingat pun saat aku dilahirkan kan?

dia aku hampiri. tapi dia sedang bertarung dengan sakit kepalanya. terhiris hati mendengar rengekan ibu yang sakit, yang lapar, yang rimas segala. tiada bantuan khas dr pihak hospital. mujur, pak cik yang sedang di mekah, mengutus anaknya, menghulur bantuan. dia dipindahkan ke KPJ selangor ( shah alam ). 

baru lah reda sedikit resah hati semua. dia diberi ubat. sakitnya berkurang dan dia mampu memejam mata. lena. biarlah rehatnya membawa dia jauh dari kesakitan. di  unit rawatan rapi itu, dia ku tinggalkan dengan tidur dengkurnya. 

juga pada kekanda ku, maaf aku tidak dapat bersama di sisi. malam tadi aku dan suami kembali ke sini. harapan hanya yang terbaik buat semua di sana.

1 Mac 2011

MZ live in concert

AsSalam sahabat-sahabat sekalian..harap-harap semua nya baik-baik belaka

em sopan nye ayat saya hari ni;p
hehehee.. biasa la aku kan.. kejap kang sopan, kejap kang cam giller sket..hahaha.yang penting aku happy , kan?..kan?..

mula-mula aku nak cakap " rembo thanks" kat suami tercinta sebab bawa aku tgk konsert maher zain malam minggu aritu kt stadium malawati shah alam. pertama kali pegi konsert tu..hikhikhik. 
~rembo thanks tu bahasa tamil
~terimo kasih bangat tu bahasa jawa
~thank you very much tu bahasa inggeris
so korang tau kan apa bahasa melayu nya kan??? kalo tak tau silalah masuk tadika balik=D

konon nya nak tgk konsert islamic music kan so aku pon poyo lah pakai jubah.. hahaha jubah pinjam pulak tue;p


apa pun konsert tue memang best. tahniah buat team in-team as the organizer sebab berjaya anjurkan karnival yg pada aku cukup meriah. siap sedia tempat wudhuk, khemah solat, gerai dan ruang makan lengkap ade tong sampah, memang takde orang buang sampah merata ( itu yang sempat aku perhatikan lah). terima kasih gak sebab upgrade tiket kitornang..hehehe. itu yg kita mau.

pembukaan yang best tapi bila time MZ mula nyanyi, spoil tang pemain muzik. tak tau la mana silap. diorang tak practice ke, atau MZ yang dh pancit. agak kecewa sedikit (sikit je tau ) sebab muzik tue mcm  tak perfect. berape kali MZ tak dapat nak masuk lagu sebab muzik laju sangat. mujur lah peminat-peminat dia kat malaysia nie dah hafal a to z lagu-lagu dia ( kecuali aku ;p).

persembahan irfan makki pon boleh diberi 5 bintang. tapi kesian kat mesut kurtis.. takde sape follow dia nyanyi.. yela lagu dia sume bahasa arab..kurang menarik plak tue..jadi lmbt la org nak tangkap..huhuhu. 

secara keseluruhannya aku puas hati dapat tgk MZ live.. wlaupun dia hanya sebesar tapak tangan..hehehe
yang tambah puas nya bila dapat nyanyi lagu 'for the rest of my life ' dengan sayang aku ni=D

daaa....



27 Jan 2011

semalaman di wad

Kisah terbaru nie, pengalaman baru buat aku. Perihal orang perempuan, bile kejadian nya tak seperti normal. Aku mula risau, susah hati. Bila gelora hati aku nie aku luahkan pada suami.(wah dh kene gune term suami, sebelum nie aku taip kekasih hati kan?hehehe), die bawa bincang ngan mentua aku. Mentua aku suru rujuk mak aku, sebab kemungkinan ini normal dalam keturunan aku. Kalo sebelum nie aku nak surprise kt mak berita gembira, bile tau pregnancy test tue positif, tapi sekarang terpaksa surprise kan mak dgn khabar kurg gembira nie. Mak kata, jumpe doctor. Mak dulu walaupon dh kahwin, sume kitaran tetap normal.

Jadi isnin 24.01.2011 * besday suami aku * aku gie pusat kesihatan dgn mak mertua aku. Dua doctor aku rujuk, ujian makmal aku buat. result die kemungkinan missed abortion?/ abortion doc tue tulis??? Gile ape , aku bukan buat penguguran. Aku cume ‘dilawati cik bulan’ tp test still positif. So aku dirujuk ke gynea clinic hospital taiping ( jumpe specialist). 2 doc check aku, scan and everything, they suspect maybe octopic ( mengandung luar rahim) ??????? besar tanda soal kat kepala aku diorang pon pening gak, panggil doc pakar.he repeat same procedure.. Dan aku di arah untuk admit ke wad… waaa…. Mcm kene masuk hostel kt sekolah menengah dulu je rasa..


Dub..dab..dub..dab Tuhan je yang tau. Dpt uniform pink?? Yela wad sakit puan kan;p doc kt wd amik keterangan aku lagi sekali.padahal 2 doc terdahulu dh catat sume dalam rekod tue. Baca lah. Nie dok ulang soalan yg sama. Kesian suami & mak mertua aku tunggu lama. Dah la jadi sejarah, suami aku sambut besday teman wife kt hospital.


Ni lah pertama kali aku masuk wad.sekali lagi aku kena buat uian makmal.aku dh maklumkan keluarga semua. Alhamdulilah, malam tue jugak doctor pakar tue sekali lagi check aku, keputusan makmal pun dh dapat. Pregnancy negative! Syukur yaAllah. Everything normal. Syukur. Lepas cik abang aku hantar baju & makanan. Aku terus lena.. tp pukul 3 pagi dh terjaga.

Pagi 25.01.2011 dua kali doc check , they trace my case as complete miscarriage. Dan boleh balik!yahooo…. ooppss alhamdulillah. Dan hari ini aku dh 100% ok..xperlu risau lagi=)

5 Jan 2011

selamat tinggal 2010

tahun 2010 dah pon melabuhkan tirainya. permulaan yang baik..dan pengakhiran yang baik. tahun kenangan yang paling banyak meniggalkan kesan dalam hidup aku.

01.01.2010
melangsungkan pertunangan dengan syed razlidin


15.02.2010
melepas rindu dgn gegurl @picnic bagan lalang

dapat buah hati;) si kecil naufal 25.03.2010
langkawi with g2s on april 

langkawi with AlBajuri (TABkeL 2010) on may
10-11.06.2010
ke besut terengganu..merisik khabar untuk adik ku sayang

19.16.2010
jadi keeper futsal sekyen akaun JPM @ cyberjaya
26-27.06.2010
rombongan cik kiah g2s ke ulu titam Johor @ wedding haniza&haidir

10.07.2010
floria @ putrajaya with sps BAJPM

01.08.2010
durian timeee..@batu laut,sel

raya yang best @ september
25.09.2010
open house & i-city @ klang

sepetang @ sunway lagoon with anak2 saudara

sana-sini kawan kawen..hanya beberape yg dpt aku hadirkan diri
sana sini family meeting
now my turn=) my own wedding
@
disember
honeymoon@langkawi-penang
25.12.2010
hari keluarga Al-Bajuri


WELCOME 2011








                                                         





22 Sep 2010

masih cite raya

byk lah pulak entry pasal raya kan..hikhikhik..
nie br dgn kengkawan..
dgn tersayang belum spend time lg
(plan this wekend has to be posponed)
cuma nak berkongsi,
 betapa terharu + + + gembiranya
hati ini bila kakak tersayang dtg beraya=)
dengan anak buah die yg menggeramkan..
comel & peramah bukan main



8 Sep 2010

ramadhan & syawal

ramadhan semakin hampir meninggalkan kita..semoga amalan kita semua diterima Allah dan beroleh keberkatanNya..amiinn


selamat bertemu kembali di tahun depan ..insyaAllah..




senja esok bakal memisahkan..


dan syawal bakal mengunjungi kita...bagaimana persiapan korang? pasni waktu ni dh sibuk balik ke kampung halaman. berkumpul dengan keluarga dan saudara..mesti meriahkan? aku akan berkumul ngan keluarga besar aku raya pertama nanti.. ape menu?mesti lemang, ketupat, rendang kan? samua orang sibuk, kenape aku tak cuti? tak masak ketupat ke?



mak aku buat ketupat hari raya haji..

menu kitorang tiap tahun nasi lemak..nasi lemak?.. mesti korang terkejut..haah nasi lemak, ayam bakar..tu lah menu kitorang tiap tahun.. sepupu-sepupu aku mesti tanya punye kalo tak buat.. yela mcm balas dendam la bulan puasa tak sarapan nasi lemak kan..hehehe..



 lebih kurang macam nie lah kalo saudara mara aku memnuhkan pinggan diorang dengan hidangan mak aku=)
tapi tahun ni mungkin ade kelainan.. aku dh jemu nasi lemak..menu ape? tunggu.....

so korang cepat tengak api tue..kan hangus semua masakan ;p

4 Ogo 2010

tolong..saya kena culik

Hehehe terasa lawak dengan permintaan mak petang ni. Aku cuti harini sebab gie open interview pg td. Adik pulak memang off duty harini. Lepas makan kul 3 tue mak suruh adik gi pinjam baby NAUFAL yg dijaga oleh nya’ei(nenek)nye bb mama die keje.


Kami berdua pon menjalankan lah misi ‘menculik’ si kecil nie.waktu kami sampai die tengah didodoikan oleh nya`ei suruh die tido. Budak comel nie mmg susah nak tido die nak sembang je. Lagi2 kalo ade si achik adeq nye. Kami tak peduli. Aku siap2 amek sume keperluan dia :p


Susu dh siap bancuh+ susu dlm tin+beg baju+towel+tilam+bantal+ bantal peluk (WAJIB!) dan dolphin dia


Adik pulak dukung die.die senyum2 kat nya`ei ngan papa die..;D
Ngehngehngeh.. mission accomplish!!!

Bukan main suke mak dok ngagah & kelek si budak lemet* nie sbb die asik tersengih je. Pastu aku suruh tido die sibok nak meniarap. Last2 dh penat die nangis. Dodoi pon tak jalan. Aku pon sumbat je la botol baru die diam menyusu.

Last2 aku soh adik pasang Astro OASIS.. die dengar zikir die layan la..lama2 die pon pejam mata…bagus nye budak..dengar zikir je tido..huhuhu.. dgn aku2 pon zzzzZZZzzz..


<:walaupon die memakai baju askar die tetap di'kidnep':>
 NI NAMA NYA MAK DAH TAK SABAR NAK DAPAT CUCU!!!

 
*budak lemet: baju die dah sendat dan bile die pakai mcm lepat=)

23 Mac 2010

perpisahan 2010

seorang lagi rakan sekerja yang mendapat rezeki di tempat lain.. actually she's my classmate since UKM (for investment class).. so when she leaving, its left something in my heart.. anyway, harap nye, die bertambah baik ditempat baru, dan rezeki aku juga akan muncul seperti die..ammiinnn

tanda ingatan


salam terakhir


jiran sebelah meja


3 kwn baik


jgn lupekan kami

heheh padahal fini pegi bukan jauh pon..dekat je ofis baru tue.. tp yela sape tak terasa kalo dh tiap hari bergurau senda..so. sorry for everything

25 Feb 2010

kisah seorang pak cik ...

seperti hari-hari semalam aku tetap setia menunggu driver datang ambil dari pejabat menaiki 'limosin' panjang nye...

dah setelah aku naik, perjalanan diteruskan sehingga lah tiba di sebuah pekan. "limosin" berhenti lagi. seorang pak cik telah menaiki 'limosin' maka aku terpaksa lah berkongsi kenderaan tersebut.

sedang aku leka melontar pandangan keluar, tiba-tiba terdengar bunyi ringtone dari telefon bimbit siapa aku tak tau.pemilik telefon itu menjawab panggilan dengan suara yang kuat sehingga mengganggu aku dan penumpang 'limosin' yang lain nya. lantas aku segera menoleh, rupanya pak cik tadi hanya duduk di belakang aku.dan telefon dia lah yang telah memanggil-manggil.

bukan main kuat pak cik tersebut bersembang

pakcik : hah kenapa?

org di sana: ...............

pakcik : saya pon sakit perut, dh berapa kali *kareb* hari ni

org di sana : ...............................

pakcik : tu lah, banyak kali dh saya *kareb* hari ni

org di sana : ...............................

pakcik : aduh saya sakit perut arini, dah banyak kali *kareb* hari ni

org di sana : .......................

pakcik : minum eno buat ape? sakit perut kene mkn ubat yang biji-biji tue..tu lah arini asyik *kareb-kareb*

org di sana : ..........................

pakcik : td zaharah telefon, masa tue saya tgh *kareb*.. tu lah sape suruh telefon masa saya tgh *kareb*, macam mana saya nak jawab.

aku hanya mendengar perbualan seterusnya, kerana pakcik tersebut bercakap dengan suara yang kuat.. harus kah dikhabarkan pada seluruh alam apa yang dia buat hari ni??? berapa banyak kali dia ulang cakap pada pemanggil di sana??? apakah pemanggil tersebut masih tak faham??? atau pak cik itu suka meceritakan pada semua???apakah?????

ps: *kareb* (baca terbalik)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...