bila hati bernyanyi..jemari kan menari
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

4 Okt 2011

duhai bonda

ahad : 2 oktober 2011


mak genap 58 tahun. dah genap 2 tahun mak bersara dari dunia pendidikan tu. tamatkan segala kecintaannya menjadi guru mendidik anak bangsa. tak kan aku jumpe semangat mendidik macam yang ada pada mak dan rakan-rakan seangkatan dengannya pada cikgu-cikgu hari ini yang 'mengajar'.


SELAMAT HARI LAHIR MAK
doa aku agar Allah panangkan umur mak, dilimpahkan rahmat dan kebahagiaan, dikurniakan kesihatan yang baik buat mengerjakan ibadah.


tapi kesian mak..hari istimewa tahun ni, mak hanya berdua dengan abah. abang terpaksa kerja, adik pula dikerah kursus di JB tuba-tiba. dan aku, tak dapat balik kampung sebab ada acara penting bersama keluarga suami.
maafkan kami mak.
tapi suara mak tetap ceria macam biasa. tapi hati mak..semestinya sedih. mujur ada si kecil naufal tu teman hiburkan mak abah sekejap. 


mak tanya mana kek?
nanti ye akak balik kite potong kek=)
luv u more than everything mom...:(


<: kenangan besday mak 2008 :>

<: aku dating berdua ngan mak..jalan2 kt alamanda lepas mak pencen:>





13 Sep 2011

balik kampung..ooo..balik kampung

25 tahun
baru lah nak merasa
erti sebenar balik kampung
masa hari raya
dulu balik umah nenek
belakang umah je
umah paman sebelah je
umah wak selang beberapa rumah

tahun 2010
aku sorang je anak yang tinggal
di pagi raya
tahun 2011
adik pulak jadi anak tunggal

tahun 2010
tak dapat amik gambar penuh
abang balik
adik kerja
adik kat rumah
abang kat rumah mentua
aku jugak yang jadi anak mak
kat rumah

tapi tahun ni
dapat kami kumpul bersama
malam hari raya kedua

family berkembang..ahli nye pon makin kembang-kembang


8 Jul 2011

acik ucu tanya..baby wat pe?

aku call mak tadi..insyaAllah selagi ada kesempatan aku akan call mak setiap hari. tiba-tiba ade suare menyibuk kt belakang. tau-tau fon mak dah bertukar tangan.. hehehe adek aku sorg ni. bukan main ceria suare die.aku boleh bayangkan macam mane kembang hidung dia..hahahha.. lama aku tak ckp dengan dia.selalu sms je. die rindu kat aku la tu.


ada ke dia tanya " baby tengah buat apa?" 
aku : baby tengah tido
adeq : dia makan apa?
aku : dia tak mau apa, semua keluar balik.hehehe
adeq: takde mengidam apa-apa ke?
aku : nak nasik goreng lombok rawet
adeq : heh baru je makan, siap ade kencur


ceh.buat aku terliur je. aku rasa nak sengih je dengar suara dia. mesti hidung dia tg kembang..wakakaka. aku kutuk2 sayang, xpe=) hehehe dan sebenarya, aku pun rindu kat adeq aku seorang tu...






=)


29 Mac 2011

sembuhkan lah YaAllah

telefon berbunyi pagi ahad tu. suara cemas mak, buat jantung aku berdetap. jauhkanlah lah dari fikiran buruk itu yaAllah.pintaku.

pada suami dan kelurganya aku khabar kan. berita-berita semasa akan terus masuk ke kotak pesanan telefon bimbit. debar. hanya Allah yang mengerti. 

petang, telefon berbunyi lagi. panggilan video. dari empunya diri. ya, dia masih tersenyum. masih risaukan, kenapa khabar nya sampai pada aku yang jauh. dia yang aku risaukan, aku pula yang dikhuatirinya. titis jernih mula merembes. melihat pilu wajahnya dari kejauhan. 

kondisinya masih belum jelas. cuma deritanya itu ku tafsir dari air mata puteri hati nan seorang. dan menggamit aku untuk sedih sama.

cuma satu bonda ku. tapi dia yang kedua. aku anak tunggal perempuan. tapi puterinya itu kakak. lalu sedih si kakak, ketahuilah.. aku juga merasakan . dalam hati hanya doa dapat ku bantu. dalam tangis, Allah tahu aku redha. aku pinta Allah permudahkanlah segalanya. 

senja, telekung telah tersarung. sementara menunggu imamku berwudhuk. sendu menggangu kerna fikiran melayang ke hospital kelahiran ku itu. moga dia baik-baik aja. demi melihat aku dan air mata si pencinta ku bersuara " kemas beg, kita balik malam ni"

aku tak beraksi. usai solat dan ku kucup tangannya, beg di bawah katil aku punggah dua tiga helai baju ke dalam nya. dan kami bergegas pulang ke banting. hajat hati nak singah terus ke wad. tapi pukul 12 malam itu, takut dihalau pengawal saja.

semalam, kami jejak ke hospital . setelah 25 tahun, aku kembali ke hospital tengku ampua rahimah ini. kata sepupuku " sejak keluar tak masuk-masuk.."
tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat lahir. walhal, aku bukan ingat pun saat aku dilahirkan kan?

dia aku hampiri. tapi dia sedang bertarung dengan sakit kepalanya. terhiris hati mendengar rengekan ibu yang sakit, yang lapar, yang rimas segala. tiada bantuan khas dr pihak hospital. mujur, pak cik yang sedang di mekah, mengutus anaknya, menghulur bantuan. dia dipindahkan ke KPJ selangor ( shah alam ). 

baru lah reda sedikit resah hati semua. dia diberi ubat. sakitnya berkurang dan dia mampu memejam mata. lena. biarlah rehatnya membawa dia jauh dari kesakitan. di  unit rawatan rapi itu, dia ku tinggalkan dengan tidur dengkurnya. 

juga pada kekanda ku, maaf aku tidak dapat bersama di sisi. malam tadi aku dan suami kembali ke sini. harapan hanya yang terbaik buat semua di sana.

16 Dis 2010

permulaan hidup baru

sebuah perjalanan dunia dan hidup baru yang baru sahaja bermula. Alhamdulillah dengan rahmat Allah Ya Karim aku telah selamat di ijab qabul kan.. tarikh keramat 5 muharram 1432 h ~ 11.12.2010 telah menyatukan aku dengan kekasih hati beriring restu keluarga menjadi halal couple:)

saat tangan bertaut dan ijab bersambut

macam tak percaya..sungguh dalam hanya sekali lafaz aku sah menjadi suri hati nya
segala puji bagi Mu Allah Tuhan sekalian alam



terlalu pantas majlis sempurna ini berlangsung.. saat taklik di lafaz.. hati aku mula sebak dan bergenang air mata..syukur Allah


detik tangan suami ku kucup

moga barokah Allah memayungi dunia baru kami


meraikan ahli keluarga baru

sekian dulu ye.. pa ni aku nak update kisah2 disebalik tabir walimah aku;)

1 Dis 2010

esq 165 : perjalanan jiwa paling indah

sekitar moment-moment yang sempat dirakam

peserta lelaki dr Al-Bajuri

ABs with trainers

with kazen (alumni)

go..go..go...fight..fight..fight...win..win..win

jemputan khas lunch bersama trainers

besday girl & uncle (sponsor) with trainers

 

16 Nov 2010

my luvly family

pengasasnya mereka
tonggaknya mereka
tapi datangnya kami
dari embah berdua


ini lah keluarga besar belah mak aku

BAHAGIA KAMI AL-BAJURI

p/s: next time aku post pasal family abah pulak=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...