bila hati bernyanyi..jemari kan menari
Memaparkan catatan dengan label sekadar renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekadar renungan. Papar semua catatan

9 Sep 2010

hening syawal

malam raya yang sgt-sgt syahdu
tak pernah ku tangisi ramadhan
tapi kali ni
malam syawal betul-betul menginsafkan
begitu banyak dosa
hingga air mata bagai
tiada mahu berhenti
dengan bunyi mercun bersimpang siur
seluruh kampung
dengan gema takbir di TV
semuanya mengundang 1000 macam rasa
terasa kerdil diri
dengan begitu banyaknikmat Tuhan 
yang tidak aku syukuri
bergetar bibir aku tiap kali
ALLAHUAKBAR itu aku zikirkan
tiba-tiba terkenang bumi palestin
tiba-tiba terbayang umat Islam di malaysia yang semakin jauh dr Nya
tiba-tiba terbayang banjir di pakistan
tiba-tiba tergambar umat Islam malaysia yang menyambut ramadhan 
dengan air haram dan kelab malam
sungguh..sungguh sedih
moga berkat YASSIN itu melimpahi sekalian rahmat
 bersama doaku buat mereka semua
sedih bila teringat pesan TANYALAH USTAZ
sambut syawal ini dengan KESYUKURAN
dan ingatan itu benar-benar menyentuh kalbu

31 Ogo 2010

MERDEKA!!!


apa erti MERDEKA pada kamu?? 
itu hak masing2 
untuk mengepritasikannya (eh betul ke ejaan die?) 
yang penting kita sama2 bangga menjadi warga 
MALAYSIA yang MERDEKA!

19 Ogo 2010

cukuplah

cukup-cukuplah berasak-asak memeriahkan bazar ramadhan tue



kan lebih baik mengimarahkan saf-saf di rumah Allah

 


cukup-cukuplah membuang waktu melepak hingga dinihari



kan lebih baik menambah amal bersolat malam



cukup-cukup lah berhabis wang menghias raya

 


simpan sedikit buat menambah amal jariah



MOGA RAMADHAN KALI INI MENCURAH RAHMAT BUAT KALIAN SEMUA=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...