malam raya yang sgt-sgt syahdu
tak pernah ku tangisi ramadhan
tapi kali ni
malam syawal betul-betul menginsafkan
begitu banyak dosa
hingga air mata bagai
tiada mahu berhenti
dengan bunyi mercun bersimpang siur
seluruh kampung
dengan gema takbir di TV
semuanya mengundang 1000 macam rasa
terasa kerdil diri
dengan begitu banyaknikmat Tuhan
yang tidak aku syukuri
bergetar bibir aku tiap kali
ALLAHUAKBAR itu aku zikirkan
tiba-tiba terkenang bumi palestin
tiba-tiba terbayang umat Islam di malaysia yang semakin jauh dr Nya
tiba-tiba terbayang banjir di pakistan
tiba-tiba tergambar umat Islam malaysia yang menyambut ramadhan
dengan air haram dan kelab malam
sungguh..sungguh sedih
moga berkat YASSIN itu melimpahi sekalian rahmat
bersama doaku buat mereka semua
sedih bila teringat pesan TANYALAH USTAZ
sambut syawal ini dengan KESYUKURAN
dan ingatan itu benar-benar menyentuh kalbu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan