:khamis: 23 ramadhan 1431H:
apa yang indah sangat hari ini? aku sendiri tak pasti. pagi tadi bangun sahur, sangat mengantuk. cepat-cepat bersiap .seusai subuh aku melangkah keluar rumah. Dengan penuh rendah hati selawat ku kirim buat junjungan Mulia Kekasih Allah s.a.w dan ku panjatkan sedikit pujian dah tahmit buat yang Khaliq. niatku moga perjalan hidupku hari ini dipermudahkan , pekerjaan dan rezeki diberkati.
benarlah, sedikit kita meminta , besar rahmatNya dikurnia. Tidak pernah ku rasai hati setenang dan seceria hari ini..serasa ingin ku ukir senyum ini setiap saat kerna lonjakan dalam naluri ini yang benar-benar rasa bahagia.. segala puji padaMU ya Rahman
aku bekerja dengan baik, lancar dan tenang. sambil bersembang diYM dengan yang tersayang, berFB dengan teman-teman menambah ceria hariku..sebelum balik, sekali lagi Pencipta itu mengurniakan ku rezekiNya. Bank Muamalat yang mana kami clientnya telah mendermakan juadah berbuka dan bingkisan Aidilfitri. terima kasih dan sekali lagi..segala puji padaMu yaAllah..
perjalanan balik juga lancar, radup dan selamat. sempat tiba dirumah jam 6.45pm. sempat bakar cookies sedulang sebelum buka.Maha Suci Allah..besar sungguh muratabak tue, camtumkan lah 4keping murtabak biasa kat pasar malam tu..macam tu la saiz dia.masakan arab telahan ku.memang sedap..nikmat Allah..makan jelah dan melanggar diet ku.;p
bila malam, setelah solat maghrib dan memanjat syurkur aku bersama bonda mengadun kuih kesukaan bonda, dan aku sempat siapkan membakar 2 adun cookies. sedikit aku tidak mengantuk.bertemankan cerita MY NAME IS KHAN dan si kecil naufal. detik 00.00 hamba sempat mengejar terawikh sebelum dihambat kantuk.terima kasih Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan