seperti hari-hari semalam aku tetap setia menunggu driver datang ambil dari pejabat menaiki 'limosin' panjang nye...
dah setelah aku naik, perjalanan diteruskan sehingga lah tiba di sebuah pekan. "limosin" berhenti lagi. seorang pak cik telah menaiki 'limosin' maka aku terpaksa lah berkongsi kenderaan tersebut.
sedang aku leka melontar pandangan keluar, tiba-tiba terdengar bunyi ringtone dari telefon bimbit siapa aku tak tau.pemilik telefon itu menjawab panggilan dengan suara yang kuat sehingga mengganggu aku dan penumpang 'limosin' yang lain nya. lantas aku segera menoleh, rupanya pak cik tadi hanya duduk di belakang aku.dan telefon dia lah yang telah memanggil-manggil.
bukan main kuat pak cik tersebut bersembang
pakcik : hah kenapa?
org di sana: ...............
pakcik : saya pon sakit perut, dh berapa kali *kareb* hari ni
org di sana : ...............................
pakcik : tu lah, banyak kali dh saya *kareb* hari ni
org di sana : ...............................
pakcik : aduh saya sakit perut arini, dah banyak kali *kareb* hari ni
org di sana : .......................
pakcik : minum eno buat ape? sakit perut kene mkn ubat yang biji-biji tue..tu lah arini asyik *kareb-kareb*
org di sana : ..........................
pakcik : td zaharah telefon, masa tue saya tgh *kareb*.. tu lah sape suruh telefon masa saya tgh *kareb*, macam mana saya nak jawab.
aku hanya mendengar perbualan seterusnya, kerana pakcik tersebut bercakap dengan suara yang kuat.. harus kah dikhabarkan pada seluruh alam apa yang dia buat hari ni??? berapa banyak kali dia ulang cakap pada pemanggil di sana??? apakah pemanggil tersebut masih tak faham??? atau pak cik itu suka meceritakan pada semua???apakah?????
ps: *kareb* (baca terbalik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan