bila hati bernyanyi..jemari kan menari

2 Apr 2011

jumaat di awal purnama

dah bulan baru. cepat sungguh masa berlalu. dalam pejam celik pejam celik. habis sudah suku tahun pertama. mungkin ade syarikat yang sedang sibuk tutup akaun. atau ada juga individu yang sedang membuat bajet bulan baru. mesti macam-macam perancangan yang sedang berbaris kan. jumaat lepas pasti ramai yang tersenyum sebab akaun bank mereka dah pun dikreditkan.


kalau dulu, mungkin aku pun serupa itu. menunggu tanggal awal bulan. setiap hari cimb clicks tue aku jengah kan.hehehe. itu dulu. sekarang. untung maju poket aku, atas usaha aku memajukan bisnes ni dengan suami. Alhamdulillah. rezeki lebih bulan ini.


hari jumaat awal bulan begini, alamanda pasti penuh waktu rehat nanti dengan kakitangan kerajaan kan? pasti sesak lah sogo tu dek jualan murah nya. tapi kat taiping ni. aku xnmpk dh fenomena-fenomena macam tu.hehehe.


jumaat kali ni. permulaan bulan baru.pada penghulu segala hari. ada yang memulakan hari dengan senyuman. ada yang masih dalam kerunsingan. aku? tetap seperti hari-hari sebelumnya cuma.. dah lama aku tak beri senyuman buat diri sendiri macam yang aku buat setiap pagi dulu-dulu. sebab sekarang tiap kali aku bangn tido , aku cemas sendiri. takut terlajak lah. takut mak mertua aku dah ke dapur tapi aku masih membutakan mata. huhuhu. ampun ye mami..


jumaat tetap hari terindah dalam hidup aku. dan hari ini. sedikit perkembangan baik khabar dari makcik di hospital. malam ini juga keluarga aku akan mengadakan solat hajat bersama.mendoakan mak cik aku cepat sembuh.semoga kita semua sempat berjumpa jumaat akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...