ape yg aku nak cerita kali nie, of course la pasal the making of my wedding day. dari haji jumaat rumah aku mula dibanjiri saudara mara aku. baik belah mak, baik belah abah. masing-masing datang dengan senyum yang pada perkiraan aku sangat ikhlas dan berlapang hati. kerja tak lah banyak mane.cuma nak siapkan bunga telur & 'berkat' je. tu pon 'berkat' special mak punye. untuk jemputan, aku dh order marble cake. siap packing lagi. so tak perlu mengerah tenaga sape2 .hehehe.kerah poket mak aku je=p
pereka hantaran aku pulak sibuk menyiapkan kerja dia. biasa lah sepupu aku tu,kerja nya terlalu teliti. aku diam je.aku kan budak baik.tak banyak kerenah.diorang nak buatkan untuk aku po dh syukur. tambah syukur lagi, sorang lagi sponsor bunga telur untuk pahar pelamin. Alhamdulillah..walaupon aku takde kakak, tapi sepupu-sepupu aku sume treat aku macam adik diorang..itu yang buat aku terharu & berterima kasih sangat-sangat. yang sorang lagi jadi pereka hiasan dalaman bilik pengantin aku. aku senyum je la.. hasil kerja mereka memang menepati citarasa.dan yang penting semunya melebihi jangkaan aku untk majlis ni.syukur alhamdulillah.
nak jadikan cerita andaman nie pon saudara aku gak. sepupu mak aku..jadi aku memang berterima kasih kat saudara mara aku yang menyempurnakan majlis aku.
menu istimewa malam tue, char kuew teow kerang. pakcik aku jadi chef nye
yg ni api nak salai daging untuk menu esok.semua nye usaha saudara mara aku
hehehe..lain kali aku sambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan