bila hati bernyanyi..jemari kan menari

31 Mei 2010

selamat pagi=)

mood pagi nie terasa hendak menulis.. salam isnin buat semua kawan2 dan saudara mara yg disayangi
semoga anda sehat ye memulakan minggu baru=) sure ade yang mengeluh tak cukup cuti, walaupon dah cuti 3 hari?? apa aktiviti kalian hinggu munggu sudah? pasti menarik..

takde idea pon nak tulis apa.. saje nek melalut2 pagi2 kat ofis yang sunyi nie=) akhir bulan sume bz dengan keje penutupan akaun=) tapi aku masih sempat bertenet..ngehngehngeh

hari nie result PTD kuar(dijangkakan) harap ada khabar gembira buat aku..setelah kecewa dengan percubaan2 yang lain.. tapi aku redha.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya ini. aku berdoa moga ade masa depan yang baik buat aku, seperti yang aku impikan.

pejam celik, pejam celik dah 5 bulan tahun 2010 ini kita lalui.. terasa terlalu cepat masa berlalu, tapi setimpalkah dengan pengisian hidup kita sepanjang 5 bulan ini. umur makin bertambah , dan hidup mugkin semakin singkat. moga amalan2 kita semua diberkati dan diterima Ilahi..aminn , insyaAllah

26 Mei 2010

JAUH AKU TERSASAR

helaian demi helaian ku selak 
menyoroti laluan hidup seorang insan 
memulakan harinya dengan Basmallah 
menitip langkah dengan Basmallah 
menutur bait-bait kata dengan niat Lillah.. 

tersusun indah deretan temannya 
terhias rapi lengkap letaknya 
wacana ilmu dihalusi tiap hari 
menyusup dihati menjadi panduan hidup sehari-hari.. 
sirah dan sunnah Junjungan dipegang kejap 
pedoman naluri 

menghayati lebih dalam prinsip dirinya 
menjadikan aku hiba nestapa 
terasa jauh landasan ku tersasar 
tidak meletak Tuhan dalam tiap gerakan hati 
tidak memegang panji Islam 
sebagai paksi diri 

lalu dimana erti kata ku lafazkan 
Tiada Tuhan ku sembah selain NYa 
lalu dimana ku campak iman 
hingga hari-hari berlalu 
tidak ku nawaitu Lillahitaa'la 

keberkatan kudambakan 
namun angan-angan panjang yang aku layangkan 
kelazatan yang ku hadamkan 
namun jiwa kosong tak bersantapan 
syurga Tuhan aku harapkan 
namun janji azab Tuhan tak ku hiraukan 

moga ada hari ini dan esok 
untuk ku tadah keampunan 

DOSA SEZAMAN

apakah kita kembali lagi?

pada zaman gelap jahiliyah
hingga tangisan bayi tanpa dosa
lenyap ditelan tanah
tidak ingatkah pada Tuhan
tidak kenalkah dosa dan pahala
tidak percayakah syurga neraka

punya akal yang dangkal
punya hati yang mati
punya jiwa yang noda
manusia zalim yang tegar
zuriat sendiri ditanam kejam

inikah nilai sebuah kemanusiaan
bila nafsu menjadi TUAN
inikah petunjuk akhir zaman
bila iman dibuat mainan

10 Mei 2010

aktiviti April (part 3)

Akt 5 : ke MOrib
Date : 25.04.2010

petang ahad tue tibe2 my BFF Fatin kata nak dtg umah.. die nak cite masalah die.. pastu terus la ajak Pooja sekali

melawat safirah & her baby mukhriz.. pastue terus gie Morib
air tgh pasang penuh syiok giller.. rasa nak mandi laut je..hahhaha.. kitorang just jalan2, borak2, mkn aiskrim=)

Akt 6 : 2nd interview PERODUA
Date  : 30.04.2010

dalam kalot2 nak buat aktiviti ke 7, aku dpt call dari perodua..Alhamdulillah .. segala puji bg Allah.. aku di panggil untuk temuduga kali ke-2 kat Perodua Rawang

dan aku dapat habiskan sesi tue dgn yakin jawatan tue untuk aku..amiiinn
kalo tak dpt pon, aku puas hati, sbb dh buat yg terbaik=)

Akt 7 : TABkeL( Trip Al-Bajuri ke Langkawi)
Date  : 30.04.2010-02.05.2010

hahhahah aku ke Langkawi lagi bulan nie=) kali nie mak sponsor sepenuhnye=) melancong bersama keluarga pulak kali nie.. dlm 30 org join. dah lama tak bercuti dgn family=)

buat aktiviti yang tak sempat buat aritu=p

baru sampai airport langkawi..mak rehat jap..


kat fish farm with my niece FIFI.. dlm package KILIM geoforst park


dapat pon naik cable car ( with aya)


nie bukti die ye aku naik ke puncak=)


with abah + adik

* gambar lain tgk kat FB la ek

aktiviti April (part 2)

Akt 2 : Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41
 Date : 10.04.2010
tempat : SRA (integrasi) bangi


seminggu pas balik langkawi aku pulun study untuk peperiksaan nie.. harap2 lulus dan dapat ke PAC. kebetulan my girl qilah pon dpt tmpt yg sama so tak lah cuak sgt


Alhamdullillah aku dpt jwb dgn baik dan yakin=) wish me luck




Akt 3 : Ziarah Keluarga mentua di taiping
Date  : 17.04.2010-19.04.2010


pengalaman pertama naik keretapi malam.. mule2 mcm best dh dekat nak sampai taiping cuak, takut terlepas stesyen.. hehhe malu je kalot2 dlm tren


mujur cik abg dh tgu kat stesyen=) dan aku habiskan hujung mgu tue bersama yang tersayang=)




Akt 4 : Ujian Medsi
Date  : 24.04.2010
Tempat : SMK Sg.Manggis


Alhamdulillah permohonan DPLI aku diterima dan aku terpilih untuk menduduki ujian sahsiah.. sape tau mmg dh tertulis aku jd cikgu kan?? mewarisi niat murni mak tersayang=)


harap2 lulus=)


*xde gambar yang nak dikongsi=p

aktiviti April (part 1)

berhabuk betul blog aku nie..sorry for the followers n sorry for myself..ngehngehngeh

saya sangat sibok sepanjang April 2010 yang lalu (skema nyer ayat)..

saje nak kongsi aktiviti saya spjg bulan

Akt 1 : melancong ke Langkawi with my gurls
date:02.04.2010-04.04.2010

meluangkan masa menyusur bumi Mahsuri dengan qilah+hanee+eiyra+pija+linda+tash+af+me

nie nak gie island hooping

di tasik dayang bunting

nak ke pekan kuah.. bershopping

nak naik cable car..tp tutup for maintainence

menghabiskan hujung mgu di makam mahsuri & dataran helang

bye2 langkawi jumpe lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...