26 Ogo 2011
24 Ogo 2011
20 Ogo 2011
dear abah
ye xpernah lupa
abah yang rajin nak ikatkan rambut
masa nak gie sekolah kecik-kecik dulu
abah yang rajin buat tocang / ikat ekor kuda
abah yang akan hantar pegi sekolah pagi-pagi
abah jugak yang setia ambik dari sekolah agama petang-petang
kadang naik kete selalu naik motor
bila abah keluar wad sebab operate kt perut
abah peluk aku macam rindu sangat
ye masih ingat
abah yang akan bawa jalan-jalan
naik motor pusing-pusing kampung
sampai ke lombong nun hah
abah yang cool layan kerenah kitorang
bila lori jajan datang
untuk tambah stok kedai runcit abah
kitorang yang pilih macam-macam ikut selera
sebab tu kot kedai dh tutup
abah tak lah garang
tapi sekali dia jegil mata
cukup..semua jadi bisu
sekali dia sound
berdas-das sentap ke hati
dan hanya aku dan abah yang tahu
aku pernah kene lempang dengan abah
sebab simbah air kat abah masa orang tua tu gi toilet
mane aku tau..nampak macam abang aku
aku nak pedajal lah..sekali..hah amik ko sebiji
ye tetap ingat
abah yang akan wajib setiap minggu
suruh mak masak dan ajak mak datang
melawat aku kat asrama
nanti berkelah lah bawah pokok kat smapk tu
abah siap baring baca surat khabar
masa bah nak gie umrah dengan mak dan adik
abah sedih nak tinggalkan aku
abah peluk aku kuat-kuat
ye mane mungkin lupa
bila time balik kampung
abah yang akan setia ambik aku
walaupon malam hujan ribut
abah yang akan sibuk beli apa yang aku nak makan
ye..ye aku ingat
dari kajang-melaka-bangi
abah tak pernah jemu or merungut
untuk hantar dan ambik aku dari hostel
bila dah kerja kt putrajaya pun
abah masih turutkan
bila aku malas pergi / balik keje naik bas
abah yang jadi driver
dan sampai aku dah jadi isteri orang pon
abah tetap setia datang jenguk aku
belikan ape ja yang aku nak makan
abah yang tetap ceria jawab call aku
abah yang tak pernah merajuk dengan aku
walaupon kadang-kadang abah diserang virus
bisu seribu bahasa
banyak lagi..tak mampu dah nak luahkan
dan aku nak abah tau
aku sayang abah sama macam aku sayang mak
SELAMAT HARI JADI ABAH
celebrate besday aku dan abah tahun 2008
18 Ogo 2011
si tempang
al-kesah...
tersebut lah kesah..toyyiibb
aku nak membuat cookies "famous amos" aku
dan aku rasmikan hadiah kawen
dari kawan-kawan JPM
diorang nak bodek aku
biar selalu buat cookies & cake
biar diorg leh jadi pirana kat ofis
jadi diorang bagi aku the mixture mesin gaul biskut tu
sekali aku dok jauh..tak dapat ler dema nak merasa lagi=p
aku pon seronok la malam tadi nak mulakan operasi
godek punya godek
susah betul nak pasang besi pengadun tu
puas aku belek-belek
sebelah je masuk elok, sebelah longgar nak terkeluar
lastly aku detect ade something wrong
so aku teruskan la acara malam td dengan hanya sebelah je besi tu
mak mentua aku tengok cite si capik
aku buat keje dengan si tempang
see..korang ade??
tapi hasilnye tetap memuaskan
jeng..
jeng...
jeng....
hubby kata gemok2 macam aku
sila jamu mata je ye..tahun nie saya tak terima tempahan^-^
9 Ogo 2011
miracle..macam tak percaya
aku kenal dia masa aku berpeluang ke ESQ 165 tahun lepas. sepupu aku yang beriya nak dia. bulan lepas aku jumpa lagi masa majlis baca yassin kat rumah mak long hubby. sempat la aku sembang 2-3 patah dengan dia. dah lama perhati dari jauh. hari tu dapat bertentang muka. sah..aku memang mengagumi dia.
pada hubby, aku tanya, boleh tak nak kenal dia lagi..
dah rezeki agaknya, hari ni dia datang melawat aku.. aku macam malu-malu la. tapi tak disangka-sangka. hubby benarkan dia menjadi milik aku
wow!ana setuju
hadiah hari jadi kot..kan dah ogos ni..hehehe..( perasan nye saya ).ape pon bertemu dengan dia di bulan mulia ni..moga ade hikmah besar buat aku sekeluarga..
pada hubby, aku tanya, boleh tak nak kenal dia lagi..
dah rezeki agaknya, hari ni dia datang melawat aku.. aku macam malu-malu la. tapi tak disangka-sangka. hubby benarkan dia menjadi milik aku
wow!ana setuju
hadiah hari jadi kot..kan dah ogos ni..hehehe..( perasan nye saya ).ape pon bertemu dengan dia di bulan mulia ni..moga ade hikmah besar buat aku sekeluarga..
terima kasih sayang=)
1 Ogo 2011
RAMADHAN..sempat ku ulangi lagi
YaAllah..syukran jazilan atas nikmat umur ini hingga sempat ku kembali menemui bulan barokah. Limpahkan lah rahmat MU buat kami.Berilah kekuatan dan sabar atas kami untuk kmi tingkatkan amal ibadat kami.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA UMAT MUSLIM
Langgan:
Catatan (Atom)