bila hati bernyanyi..jemari kan menari

29 Jul 2011

tak demam bola

walaupon tak suke bola sepak
semalam aku tetap
menonton astro arena sebab hubby aku pasang
sebab nak sokong malaysia
hidup harimau malaya




.
.
.
.
tapi frust dengan pelakon pemain singapura
.
.
.
.
tapi lagi frust
sebab hubby lambat sgt upload
gambar kelmarin
.
.
.



..pecal pengubat rindu pada kampung halaman olak lempit..


22 Jul 2011

d.i.a

yup tajuk entri ni D.I.A.. sebab aku nak cerita hanya pasal dia. dia yang tak pernah ketahuan asalnya. dia yang hadir hanya aku yang tahu. dia yang selalu menjadi misteri kala aku kesahkan kepada teman-teman. 


ya dia.


dia yang pernah menjadi keistimewaan dalam hati aku. dia yang pernah dulu memberi warna-warna indah dalam hari-hari aku...dia... dia yang pernah mencintai aku. atau masih mencintai aku..dan dia yang pernah buat hati aku rindu. dia yang selalu tersenyum mendengar lagu tanpa suara 'love story'. dia yang setia menyeka air mataku. dia yang akan terluka melihat tangisanku. dia yang tak pernah jemu mendengar rungutan-rungutan ku. dia yang tetap di sisi memeluk aku biar aku tenang. dan telinga sentiasa sudi mendengar omelan dari mulut murai aku.


dia yang akan menggelengkan kepala, bingung melihat aku menangis hanya kerna cerita dalam novel. dia yang hanya tersenyum bila aku mengekek geli hati membaca cerita dalam novel. dia yang akan tenang tersenyum mendengar aku menyanyi. dia yang akan marah kerna cemburu ada insan lain yang coba menyelit di hati aku. dan pernah juga datang rajuknya bila aku leka tak mengendahkan dia. 


banyaknya kenangan aku dan dia.tak mungkin aku mampu catatkan di dalam lembaran maya ini. dan selebihnya biarlah menjadi rahsia antara aku dan dia.dunia aku bukan untuk dia.dunia dia asing bagi aku. lantaran perbezaan nyata ini. aku dan dia tak mungkin mengulang sejarah. biarlah.. doa aku agar dia bahagia seperti dia membuat aku bahagia.


selamat hari lahir
abang is

12 Jul 2011

buku merah saya

SAYA DAH ADA BUKU MERAH..hehehehe.. hanya yang pernah ada yang tau=)


8 Jul 2011

acik ucu tanya..baby wat pe?

aku call mak tadi..insyaAllah selagi ada kesempatan aku akan call mak setiap hari. tiba-tiba ade suare menyibuk kt belakang. tau-tau fon mak dah bertukar tangan.. hehehe adek aku sorg ni. bukan main ceria suare die.aku boleh bayangkan macam mane kembang hidung dia..hahahha.. lama aku tak ckp dengan dia.selalu sms je. die rindu kat aku la tu.


ada ke dia tanya " baby tengah buat apa?" 
aku : baby tengah tido
adeq : dia makan apa?
aku : dia tak mau apa, semua keluar balik.hehehe
adeq: takde mengidam apa-apa ke?
aku : nak nasik goreng lombok rawet
adeq : heh baru je makan, siap ade kencur


ceh.buat aku terliur je. aku rasa nak sengih je dengar suara dia. mesti hidung dia tg kembang..wakakaka. aku kutuk2 sayang, xpe=) hehehe dan sebenarya, aku pun rindu kat adeq aku seorang tu...






=)


4 Jul 2011

air mata seorang anak perempuan [part2]

sampailah akhirnya aku berjaya ke UKM. pon masih mak dan abah yang setia menghantar anaknya ini di hari pendaftaran.dan lazimnya, mak abah hanya peneman, aku akan uruskan segalanya sehingga kunci bilik asrama ada dalam tangan aku. dan abah tetap juga setia tolong angkat barang-barang aku yang banyak ke dalam bilik. cukup masa, mak abah nak berangkat balik. banting dengan bangi lagi dekat dari banting dengan kajang. tapi muka mak tetap menunjukkan dia berat hati melepaskan aku 4 tahun lagi dewasa di asrama. total hampir 11 tahun aku menghabiskan usia di asrama.


abah tak pernah jemu datang melawat ke asrama setiap minggu. biarpon cuma berbekalkan nasi dan sambal cili api kegemaran kami sekeluarga.cukup. cukup alasan abah untuk jenguk aku. konon kat asrama takde jual sambal tu.hehehe.


besarkan kasih mak dan abah. biar pon aku rasa cukup macho, cukup bangga tanpa tangisan atas usaha hidup berdikari aku. tapi saat aku sekali lagi akan meninggalkan rumah selepas aku bergelar isteri.. saat tempat ku kini di sisi suami..air mata anak perempuan mu ni mak abah..bukti kasih seorang anak buat orang tuanya.bukti aku sebenarnya belum puas hidup disamping kalian. bukti aku sebenarnya tidaklah terlalu tabah meninggalkan rumah. bukti rumah itu tetap syurga ku.dan mutiara gugur tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

air mata seorang anak perempuan

ingat masa hari pertama ke tadika kemas kampung olak lempit? ye bukan mak yang hantar aku. bukan juga abah. tapi pakcik kesayangan aku tu yang hantar. wak kemad. dari kecil hidup aku lebih banyak dihabiskan di rumah wak kemad. wak kemad cuma hantar aku sehingga pintu bilik tadika tu je. cikgu yang sambut. aku ingat lagi. cikgu anom.dia baik. cikgu anom suruh aku duduk dengan budak-budak yang pakai baju sama dengan aku kt belakang kelas.ya, baju kotak-kotak kecil merah-putih, kain biru gelap.tapi diorang semua ada mak diorang yang teman.


aku agak terpinga-pinga nak duduk mana. tiba-tiba, ada sorang makcik cantik ni, dia tarik aku duduk kat riba dia. anak dia duduk sebelah dia. mak cik tu aku biasa tengok.kawan mak. sebab tu dia kenal aku kot. dia kata, kesin dia,nanti menangis pulak.menangis? hello makcik cantik, aku cool je ni. sikit pon tak sebak, ape entah lagi nak nangis. tak macho la kan menangis. tengok betapa berdikarinya aku datang tadika bawa diri sendiri.hehehe


pastu aku masuk sekolah rendah. sama sekolah dengan abang aku dan..mak aku..hehehehe.. cume sekolah agama je mak aku tak da la kan. abang yang hantar aku sampai pintu kelas. pastu dia tinggal aku. aku carilah tempat duduk sendiri dan cari kawan-kawan baru. tapi tak takut pon sebab semua muka-muka sama masa sekolah kebangsaan pagi tadi.


1998 aku ambik UPSR.Alhamdulillah tak di sangka-sangka aku salah seorang yang dapat 5A kat sekolah kampung tu. mak aku siap nangis-nangis peluk aku kat bilik guru. aku sengih je=D.. aku kan macho..hahahaha


rezeki aku dapat masuk sekolah berasrama penuh kat kajang. sekolah agama. aku kan ade niat nak jadi budak baik.hehehe. hari pertama daftar, aku cuak gak la.. tengok semua macam anak-anak orang kaya-kaya jaesemua. pandai-pandai. aku ni budak kampung je. dari seluruh negara budak-budak sekolah ni.


habis urusan akademik, mak dan abah hantar aku pegi asrama pulak. untuk pertama kali aku masuk dorm yang bakal menjadi tempat tinggal aku sepanjang aku berada kat smapkajang ni. waktu dh hampir untuk aktviti pertama minggu orientasi. aku dah tak sabar. mak pulak sedih sangat nak lepaskan anak perempuannya nia jauh dari mata.mak yang menangis. aku cuma senyum je=) excited nak jadi warga asrama. itu cita-cita aku dari kecik.hehehe. ala mak..bukan jauh pun banting dengan kajang ni=)


5 tahun berlalu. sampailah aku amik SPM. padahal budak-budak akaun dah habis periksa seminggu awal dari budak-budak sains. sepatutnya dah boleh ucap selamat tinggal awal kepada bumi smapkajang ni. tapi aku, aku tunggu sampai kertas terakhir SPM kat sekolah tu, baru aku lambai bye-bye kat kawan-kawan aku. kat dorm dan asrama aku.


nampak nye perjalanan aku mudah. lepas SPM aku dapat ke Kolej Matrikulasi Melaka. jauh skit la dari kampung aku. tak sampai 2 jam perjalanan pun.hikhikhik. kalau jalan kaki jauh tuanku, kalau naik kereta sekejap aje=) dan dah sebati dengan diri aku, aku sangat-sangat teruja untuk masuk asrama balik. asrama yang tinggi skit dari taraf asrama sekolah menengah..perasan gembira tu dah tak terkawal lagi..sampai aja dekat tempat pendaftran matrk ni, aku suruh mak dan abah duduk. aku tak mau la kan susahkan mak abah aku uruskan pendaftaran aku. kan aku dah besar. dah 18 tahun..cepat-cepat aku daftar, lepas tua ku cari geng-geng sekolah aku yang sama-sama dapat masuk kmm ni. memang haru-biru la suasana. =) 


siap semua urusan, mak abah aku hantar la aku da barang-barang aku yang banyak tu ke asrama.uii...seronok nye aku. mak siap sound pedas punye "tengok rang lain semua sedih nak tinggal kat asrama, ko je yang suka sangat" hehehe ala..mak..mak. dan untuk sekian kalinya, sebelum mak lepaskan aku, mak peluk aku dengan air mata...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...