sampailah akhirnya aku berjaya ke UKM. pon masih mak dan abah yang setia menghantar anaknya ini di hari pendaftaran.dan lazimnya, mak abah hanya peneman, aku akan uruskan segalanya sehingga kunci bilik asrama ada dalam tangan aku. dan abah tetap juga setia tolong angkat barang-barang aku yang banyak ke dalam bilik. cukup masa, mak abah nak berangkat balik. banting dengan bangi lagi dekat dari banting dengan kajang. tapi muka mak tetap menunjukkan dia berat hati melepaskan aku 4 tahun lagi dewasa di asrama. total hampir 11 tahun aku menghabiskan usia di asrama.
abah tak pernah jemu datang melawat ke asrama setiap minggu. biarpon cuma berbekalkan nasi dan sambal cili api kegemaran kami sekeluarga.cukup. cukup alasan abah untuk jenguk aku. konon kat asrama takde jual sambal tu.hehehe.
besarkan kasih mak dan abah. biar pon aku rasa cukup macho, cukup bangga tanpa tangisan atas usaha hidup berdikari aku. tapi saat aku sekali lagi akan meninggalkan rumah selepas aku bergelar isteri.. saat tempat ku kini di sisi suami..air mata anak perempuan mu ni mak abah..bukti kasih seorang anak buat orang tuanya.bukti aku sebenarnya belum puas hidup disamping kalian. bukti aku sebenarnya tidaklah terlalu tabah meninggalkan rumah. bukti rumah itu tetap syurga ku.dan mutiara gugur tanpa dapat ditahan-tahan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan