lama bukan aku sepi
tiada berita baru yang ingin diwar-warkan
tiada catat baru nak dikongsi
hari-hari jalan yang sama
cerita yang sama
rumah-ofis-rumah
melayan anak bujang yang makin lasak
menyudahkan tempahan-tempahan di kedai
lama tak lepak menyicip sepotong kek lembut
di secret recipe
atau mencuci mata dari kedai-kedai
di shopping mall
atau sekadar lepak borak-borak
dengan teman-teman
teringin sebenarnye menghabiskan petang2 indah
atau hujung minggu dengan si kecik ni
bersiar-siar
semuanya tak terlaksana
macam hulu sangat plak hidup aku kan
bukan... cuma keadaan dan masa yang membataskan
so hidup cuma makin mendatar
kadang-kadang bosan
hidup tak selalunya di atas kan
sedangkan air pon tak selalu tenang
24 Okt 2012
10 Mei 2012
bunga dalam hati
haloha..
hati saya penuh bunga
tapi tak sempat nak sematkan bunga-bunga tu kat sini
rutin hidup dh berubah
jemari dh tak menari
sibuk bermain dengan si manja
hati saya penuh bunga
tapi tak sempat nak sematkan bunga-bunga tu kat sini
rutin hidup dh berubah
jemari dh tak menari
sibuk bermain dengan si manja
si kecik makin membesar
tak terlayan keletah comel dia
buat hati terbang macam rama-rama
ingin rasanya sentiasa bersama
tapi kerja tetap kene jalan
14 Mac 2012
selamat pagi=)
ceria nya pagi saya
subuh saya dah bangun
kejut ibu saya solat
apa ibu bedung2 saya ni..tak suke la
hiah..tengok la mirul pandai lepaskan diri
ish ..susah nye..
yeay..berjaya...
hahah ibu kalah...
selamat pagi semua=)
12 Mac 2012
dia yang buat aku rindu
dia lah..
kalau menonggeng cm ni..lena la die tido
nie on the way balik kampung..first time die jalan jauh
bukan main abang naufal berlakon peluk baby ye..
dia yang garang cepat marah
dia yang suka tersenyum dan buat aku rindu
dan keletah dia yang suka ajak sembang
tangan kecik dia yang tak pernah jemu aku genggam
dia lah..
penawar hati
pengarang jantung
dan dia yang semakin membesar
6 Mac 2012
kurnia
kurnia..
kerna kasih sayangMu Allah
lalu anugerah ini Kau kurniakan
atas nama cinta
lalu kurnia ini aku terima
demi cinta
nyawaku jadi galang gantinya
redup mata indah
buat aku sendu dalam suka
mulus wajah suci
seakan sukar mahu percaya
segalanya sempurna
buat jiwa bersyukur tiada noktah
semua demi kurnia ini
yang lahir dari rahimku
lambang cinta aku dan kekasih
kerna kasih sayangMu Allah
lalu anugerah ini Kau kurniakan
atas nama cinta
lalu kurnia ini aku terima
demi cinta
nyawaku jadi galang gantinya
redup mata indah
buat aku sendu dalam suka
mulus wajah suci
seakan sukar mahu percaya
segalanya sempurna
buat jiwa bersyukur tiada noktah
semua demi kurnia ini
yang lahir dari rahimku
lambang cinta aku dan kekasih
8 Feb 2012
new life
wah dah tahun 2012
lama betul aku tinggalkan blog ni
bukan apa
alhamdulillah atas izi yang Maha Agung
aku selamat melahirkan permata hati pertamaku
29.12.2011 yang lalu
awal 3 minggu dari due
panjang ceritanya
nanti di lain entry aku coretkan
cukupla buat masa ini aku kongsikan
kurnia baru ini..hehehe
SYED AMIRUL RIZAUDIN BIN SYED RAZLIDIN
ini wajah-wajah cinta hati aku & hubby
masa hari kelima
kami baru keluar wad
selepas macam-macam tragedi
alhamdulillah
dah selamat balik rumah
sekarang dah habis berpantang pun=)
Langgan:
Catatan (Atom)