bila hati bernyanyi..jemari kan menari

31 Okt 2010

dh setel II

sibuk betul rupenye jadi bakal 'raja sehari' ni ye..
kat ofis masih membara bahang 5s ni..balik malam jadi 'tutor' xbertauliah
mmg penat giller!

tp still nak share perkara yang aku dah tick (/) dalam list aku

.: kursus kawen


.: HIV test
klinik kesihatan bukit changgang


.: borang permohonan nikah

pejabat agama daerah kuala langat


p/s: over plak rasa..sume nak cite=p


28 Okt 2010

agenda belum terlaksana

serasa bumi semakin pantas berputar
seperti masih banyak yang belum lunas

serasa hari semakin deras berganti
seperti masih banyak agenda menanti

serasa jarum jam semakin cepat berdetik
seperti aku sekadar diam tak berkutik

serasa ada lembaga waktu yang mengejar
seperti aku sekadar berdiri tegar

sedang yang dilaksana tetap aku coba sudahkan
namun noktahnya masih jauh hendak ditamatkan

20 Okt 2010

..waktu untuk kita....

waktu yang hadir sekadar menyapa
tanpa sempat bertanya khabar
terus melewati dan hilang
tiada mungkin berpatah kembali
tiada kuasa aku menahannya
biar untuk seketika cuma

waktu itu pergi
meninggalkan corat-coret
cerita kau dan aku
meninggalkan hanya bayang-bayang semalam
yang hanya mampu kita pandang
yang mungkin membias tawa
atau yang kekal mengungkit kisah duka
mengundang air mata

kerna waktu jua lah..yang membiar kita
terpisah dalam fasa yang digelar
'menjadi dewasa'
dan kerna waktu jua
sekali lagi kita bersua
dalam rasa cerita semalam
dalam rasa yang selama ini kejap digenggam

namun bila wajah rasa itu kau pamerkan
kita sudah tidak mampu kembali ke masa silam...


19 Okt 2010

dh setel

tak banyak yang boleh aku kongsi kan
siang hari sibuk di pejabat
malam hari rehat di rumah (dengan tahap kemalasan 360`c) <--xjumpe symbol yg betul..hehehe


sibuk gak meng`list`kan
perkara2 yang perlu aku setelkan 
untuk `my mengejut big day`


macam2 yang perlu dibuat... tempah itu ini
rancang itu ini
 cume setakat nie sempat setelkan beberapa perkara :


1 andam + baju + pelamin


2 photographer


3 gudies for guest

elliesa kek




12 Okt 2010

hari itu semakin hampir

dalam aku bersenang-senang tidak membuat sebarang persediaan
dan bila di tanya : girl, how ur preparation
aku cuma jawab : nothing


dengan harapan segalanya mampu disiapkan menjelang bulan 3
dengan andaian akan dapat kerje yang gaji tinggi sikit
dengan impian dapat kumpul duit lebih sikit
aku cuma berfikir untuk memulakan dr A
pada awal disember nanti


kan betul orang kata : 'kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan"
lalu bila perkhabaran itu aku terima
dan keputusan telah diambil
aku baru terasa, bagai dihempuk dengan pembaris panjang warna kuning zaman sekolah rendah dulu
*yang selalu cikgu guna untuk buat garisan di papan hitam*
adoi: sakitlah!
dan aku mula terkedu..wah banyak rupanya perkara yang perlu SEGERA! aku fikir dan BUAT!
maka itu lah kenyataan nya : perkahwinan aku dipercepatkan dan aku akan bergelar isterinya lebih awal dr perancangan mula-mula dulu *01.01.20118???


moga Allah mendengar doaku..untuk mempermudahkan segalanya... 





4 Okt 2010

dok mai penang




hasrat ke penang tetap diteruskan
melawat bakal mentua di GH penang  **lupe snap photo


tunang tersayang belanja nasi kandar


<---- kekenyangan










then menyusuri jalan2 di pulau mutiara ni

    <: unik name2 jalan kt penang :>

                            






                            with him tersayang---->
p/s: thanks ya pemandu pelancong dgn kesah sejarah setiap bangunan dan jalan2 di penang
       sorry to my girl anaz suzana sbb tak sempat singgah berjumpa kamu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...