kemanusiaan itu...
hadir kerana anugerah akal
kemanusiaan itu
datang bersama hati yang beriman
kemanusiaan itu
lahir dengan kesucian diri seorang insan
kemanusiaan itu..
hilang bila fikiran lebih cetek dari binatang
kemanusiaan itu
lenyap bila Islam bukan lagi tunjangan
kemanusiaan itu
kabur saat nafsu bermaharajalela
kemanusiaan itu...
bukankah martabat khalifah
tetapi dunia
semakin hilang kemudi
bila kemanusiaan telah tiada nilai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan