bila hati bernyanyi..jemari kan menari

3 Jun 2011

muak


pernah tak korang rasa muak dengan sesuatu yang pernah jadi kesukaan korang. kesukaan yang menjadi kegilaan. bila dulu siang malam sesuatu itu lah yang sudi kau tatap tanpa bosan. tapi sekarang serasa macam tiada hati lagi meledeninya. mungkin pernahkan? kesukaan itu boleh jadi apa saja. main game kat lappy kesayangan korang. atau bergayut kat fon tengah malam dengan mamat yang korang tak berape nak minat.haha apa sajalah.

dan tiba-tiba aku hadapi situasi itu hari ini. bila novel depan mata ini tak lagi menarik hati aku untuk aku ulit mcm dulu-dulu. tak tau la pembawakan budak ke apa. tapi yang pasti.. baru habis satu perenggan, aku dah betul-betul berat hati nak teruskan. muak.muak dengan permulaan cerita yang dah sarat emosi. dah penuh dengan kesilapan dek mengikut perasaan.

ya ya, dulu menatap setiap baris tulisan-tulisan penulis , aku letakkan seluruh empati aku. menjadi kan diri sendiri watak dalam cerita. bukan sekadar menghayati tapi memasukkan segala rasa dalam jiwa. hingga sakit perit watak itu , aku yang menyentap-menyentap menangis. riang hati si pembawa cerita aku yang ketawa berlebihan...haha. dan pengembaraan cerita itu akan jadi pengalaman hidup aku. dia dicurangi aku yang menjadi benci. dia rasa malu, aku yang melata merah muka. haha..di tersenyum simpul disapa pujaan hati, aku yang terbang riang-riang sambil menyanyi.

tersenyum sendiri mengenang kegilaan dulu. setiap pelakon cerita bagai kenalan yang telah lama aku kenali. hingga kalau berkongsi dengan kawan-kawan, sebut nama saja aku boleh ulas seluruh novel=)walau novel aku tidak lah penuh satu bilik, tapi setiap karya yang ada aku halusi, aku nilai segala bahasa dan plot kisahnya, dan pastinya, setiap satu aku dah ulang baca sekurang-kurangnya dua kali:) yang istimewa di hati, 45 kali pon pernah aku ulang baca. hehe. ya mereka istimewa di hati aku. betul aku tamak. tamak nak kasi orang lain pinjam novel aku. taubat bila 2 novel aku dihilangkan orang.benci!

itu dulu.dulu masa masih si sunti yang tiap malam bergolek menghadap kesukaan yang satu itu. tiba-tiba hari ini. aku muak dengan permainan emosi dalam kertas putih bertaip warna-warna hitam ini. mungkin kerna menatapnya aku tidak lagi boleh berangan menjadi si watak pembawa cerita. sebab aku telah berhadapan realiti sebenar hidup. bukan lagi masa depan yang boleh aku bayangkan.tapi aku sedang menghadapi satu tahap lagi selepas bercinta-cinta. mungkin kerna aku sedang melalui sendiri jejak-jejak kesah menjadi seorang isteri buat suami yang dicintainya. dan coretan-coretan dalam helaian-helaian itu umpama omongan dusta, sedang nyatanya yang aku hadapi adalah berbeda. 

atau mungkin kenyataannya sama. seperti terkena ke batang hidung sendiri. lalu terus membaca umpama berhadapan dengan kenyataan, umpama perjalanan hidup sendiri dilakonkan dihadapan mata. dan ego membataskan untuk berhadapan dengan cerita benar itu.mungkin. segalanya mungkin. aku harap ini hanya buat sementara saja. kerna aku masih sayangkan tulisan-tulisan kamu penulis semua.berkarya lah. !!!

3 ulasan:

  1. akak ku syg...sabar ye..tk lama lagi ade la mood tu balik.. :)

    BalasPadam
  2. hehehe..naz..ira dr dulu samapi skrg memang xpenah suke bace novel..so skrg ira paham ape naz rase yg xsuke novel..hehehhe...pembawakan budak kot naz..=) comel je baby naz...betol2 mcm ira tu..xsuke novel, suke dgr lagu erema..hehehe

    BalasPadam
  3. inar: harapnya begitu lah=)
    ieyra sweeto : hehehe..agaknye baby boy kot, tue yg die lemas nak baca novel.. rindu sgt kt ira kot, tue yg baby mcm ira..hehehe tapi hoep die tak gigil mcm ira=p jgn marah ye=)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...