bila hati bernyanyi..jemari kan menari

2 Ogo 2010

RAMADHAN kembali menemui ku...

Assalamualaikum w.b.t


terlintas di hatiku untuk meninggalkan sedikit coretan sempena menantikan ketibaan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barokah ini
belum cukup ilmu di dada untuk dikongsi,sekadar ingin menyumbang sesuatu sesama kita.

apa yg penuh di hati anda, bila anak bulan ramadhan telah kelihatan di ufuk senja dan penyimpan mohor besar raja2 mengumamkan:

" setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, maka dengan ini diisytiharkan 1 ramadhan jatuh pada...."

pasti ibu2 sibuk memikirkan apa yg perlu dimasak untuk bersahur esok, ramai pula yg bergegas bersiap untuk pergi bertarawikh..Alhamdulillah jika itu yg berlaku.. dan masing2 mula memasang niat di dalam hati

"sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala"

dan sedih andai ada yg sudah sibuk memikirkan hari raya tanpa mengambil kesempatan berazam untuk memenuhkan ramadhan ini dengan amalan.sekadar duduk tanpa bergegas untuk bertarawikh, dan lebih sesal andai di hati mengeluh kerana harus berlapar esok hari..a'uzubillah

bagaimanakah persiapan kalian? buat diriku juga, sudah dibulatkan azam untuk menambah amalan? terlalu banyak hikmah tersurat dan tersirat dibalik bulan mulia ini. doaku Tuhan, berilah aku kekuatan hati, kerendahan jiwa, keberkatan dan keredhaanMu untuk ku selusuri hari2 dalam ramadhan ini dengan ibadah kepadaMU.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...