bila hati bernyanyi..jemari kan menari

26 Nov 2010

aidil adha



Dah 10 hari berlalu tapi aku tetap nak cite gak. Kesah hari raya aidil adha aku tahun nie.. hari selasa 16.11.2010..aku pegi ofis walaupon dh ramai yg balik kampung. Yela sedangkan raya aidilfitri pon aku x ambik cuti kan =)

Tapi belum pon tengah hari, mak sms ”xbalik ke, mak sakit tak boleh bangun, adik sorang2 kt dapur”.. huhuhu.. takkan nak abaikan je kan kalo dh mak sms cmtu..

Aku pon dgn muke tak malu mintak halfday dgn bosses. Rehat je aku cabut balik rumah

Sampai rumah aku tgk mak cume mampu duduk kt katil, sakit lutut dan tak boleh berjalan. Kt depan tv dah ade selonggok ketupat dh siap anyam. Mak kata adik yg anyam..wah hebat gak adik aku nie..aku yg pompuan pon tak pandai anyam ketupat.

Lepas makan * adik yg masak.. mcm2 ada – la la + udang harimau + kerang*, aku terus kemas umah, bilik dan dapur. Siapkan bahan2 nak masak kuah kacang ayam + rebus ketupat

Malam, mak letak kepercayaan kt aku untuk ’mengemudi’ dapur aku tue sorang2..bukan lah tak pernah masuk dapur. Tp selalu cuma masak sambal mkn hari2 je.. nie nak masak untuk raya tue..

Aku pon dgn segala pengalaman tengok mak masak sebelum nie.. belagak lah jadi chef..hikhikhik..(dengan background music..Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..LailahaillallahuAllahuakbar..Allahuakbar walillahillhamd..) aku sure abang aku yg chef pon tak pandai masak macam aku..hehehehe


Jeng..jeng..jeng sekali merah giller..terlebih cili..kahkahkah.. tapi abah kata sedap :p

 
: kuah kacang berayam :



Pagi hari raya mak dah boleh bgn skit untuk memantau anak pompuan tunggal die nie masak daging bistik (daging masak kicap bersantan)


: bistik daging :


Abah pulak dh beli seguni udang galah fresh terbaik dr ladang sungai..dan order kuah sweet sour bertelur mcm makan kat Pulau Carey kecik2 dulu..sekali lagi thumb up..kahkahkah..bangga siot :p


: nyum nyum :

Sementara adik & abah gie solat aidil adha, aku masak bihun goreng 2 kuali besar nak bawa gie surau untuk orang2 kareah yang sembelih lembu..pergh lagi sekali kembang hidung den, bile adik aku tanya mane bihun? Die tak puas mkn , padahal aku dh tapau semua sekali bawa gie surau..

Hehehe.. sebenarnye..ade bau2 riak dalam entry nie.. teruk betul! :-) ape pon korang nikmatilah hasil air tangan aku ni..:p


: kan aku dah kata raya haji je mak wat ketupat :

: selamat menjamu selera mata :
sekian,






23 Nov 2010

ESQ 165 : suatu titik perubahan

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
segala puji bagi Allah Tuhan pencipta sekalian alam

SACC SHAH ALAM
19-21 NOVEMBER 2010

syukur Ya Rahim dengan rahmat kasih sayang Nya dan izinNya aku diberi peluang mengikuti pengalaman yg selama ni digembar-gemburkan oleh kazen2 aku yg dh merasainya..terima kasih yg tak terhingga kepada ayahanda Dato' Dr. Hj Zabir Bajuri atau aku lebih mesra menggelar pakcik ku ini Wak Abin. terima kasih kepada wak kerana memilih aku dan adik aku kali ini mengikuti training ESQ.

benarlah, mereka selama ini tidak mampu berkongsi dengan kami kebahagiaan apa yg mereka rasai melalui training ini. dan kini aku paham.. kebahagiaan itu tidak mampu diucapkan dengan kata2..hanya melalui nya kita akan merasai sendiri..

bukan ajaran baru yg mereka sampaikan..bukan ilmu baru yg mereka war-warkan.. tapi hanya suatu penyedaran tentang ilmu-ilmu akademik yang aku pelajari..dan NAH saksikanlah sendiri bahawa segalanya telah diajarkan oleh Utusan Allah yang mulia itu sejak berabad lamanya melalui Al-Quran.. dan training ini hanya membuka mata aku tentang kebenaran Al-Quran..kalamMULLAH..dan membenarkan ajaran KekasihNya itu..

menyentap hati kotor ku.. dengan peringatan-peringatan..ibadah bukan hanya pada lisan dan perbuatan, di mana keIslaman dan keImanan ku, hingga hati jiwa ini tidak dibawa bersama mengahadap Ya Kholiq..

tiada kata lagi yang mampu aku ucapkan.cuma harapan agar lebih ramai lagi insan2 kesayangan ku diberi peluang oleh Allah untuk merasai kebahagian yang ku rasakan ini.. SYUKUR YA RAHMAN..KERNA MEMBERI AKU PELUANG MEMPERBAIKI DIRI..MENDEKATKAN DIRI DENGAN MU...

.....LAILAHAILLALLAH....MUHAMMADDURRASULULLAH........

18 Nov 2010

qurban

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

16 Nov 2010

my luvly family

pengasasnya mereka
tonggaknya mereka
tapi datangnya kami
dari embah berdua


ini lah keluarga besar belah mak aku

BAHAGIA KAMI AL-BAJURI

p/s: next time aku post pasal family abah pulak=)

15 Nov 2010

cerita kamu dan aku

ingat saat pertama tangan kita terjabat?
senyum manis yang sombong
menjadi tafsiran hati
ingat detik mula kita terikat?
dalam bicara menelaah cara yang berbeda
mencari keserasian jiwa
dua insan yang akhirnya menjadi sahabat

bagaimana ya?
kisah dari sekecil usia
hingga angka umur berganda
kita lorekkan bersama
dengan cara kita
yang hanya kita tahu indahnya
yang hanya bisa kita cipta berdua

mengenali kamu
buat aku kenal istilah cinta itu sejati
kerna kenal kamu
aku kenal erti rindu yang sepi
dan kerna kamu
aku tahu.. cinta bukan boleh dipaksa diberi

biar cuma singkatnya waktu bersama
tapi dalam hati
kamu ada bila aku ada
dan aku akan setia jadi sahabat seadanya


nazwelllazo
15112010
jam 13:00

8 Nov 2010

cinta makin terang

terlihatnya cinta itu
sedang penuh bak purnama
sejuknya hati merindu
seperti butir-butir putih salji melitupi benua

pernah ku tanyakan mu
mengapa suntingan itu buatku
kabur bicaramu hilang punca dimana jawabnya

hampir sempurna sumpah dan janji
bila lambang adat terletak di belahan jari
mekarnya kelopak jiwa
bila kosa-kosa kata mengikat dua keluarga

pernah ku bisik sayang
dan senyum itu balasan
jelas kasih itu bukan dari ungkapan

makin terang di depan kita
menghitung saat akad terlafaz
saat jalinan lebih dari ikatan
saat penyatuan lelaki dan perempuan
dalam landasan hukum mengizinkan


puterirembulanbiru
08112010
jam 12:38

31 Okt 2010

dh setel II

sibuk betul rupenye jadi bakal 'raja sehari' ni ye..
kat ofis masih membara bahang 5s ni..balik malam jadi 'tutor' xbertauliah
mmg penat giller!

tp still nak share perkara yang aku dah tick (/) dalam list aku

.: kursus kawen


.: HIV test
klinik kesihatan bukit changgang


.: borang permohonan nikah

pejabat agama daerah kuala langat


p/s: over plak rasa..sume nak cite=p


28 Okt 2010

agenda belum terlaksana

serasa bumi semakin pantas berputar
seperti masih banyak yang belum lunas

serasa hari semakin deras berganti
seperti masih banyak agenda menanti

serasa jarum jam semakin cepat berdetik
seperti aku sekadar diam tak berkutik

serasa ada lembaga waktu yang mengejar
seperti aku sekadar berdiri tegar

sedang yang dilaksana tetap aku coba sudahkan
namun noktahnya masih jauh hendak ditamatkan

20 Okt 2010

..waktu untuk kita....

waktu yang hadir sekadar menyapa
tanpa sempat bertanya khabar
terus melewati dan hilang
tiada mungkin berpatah kembali
tiada kuasa aku menahannya
biar untuk seketika cuma

waktu itu pergi
meninggalkan corat-coret
cerita kau dan aku
meninggalkan hanya bayang-bayang semalam
yang hanya mampu kita pandang
yang mungkin membias tawa
atau yang kekal mengungkit kisah duka
mengundang air mata

kerna waktu jua lah..yang membiar kita
terpisah dalam fasa yang digelar
'menjadi dewasa'
dan kerna waktu jua
sekali lagi kita bersua
dalam rasa cerita semalam
dalam rasa yang selama ini kejap digenggam

namun bila wajah rasa itu kau pamerkan
kita sudah tidak mampu kembali ke masa silam...


19 Okt 2010

dh setel

tak banyak yang boleh aku kongsi kan
siang hari sibuk di pejabat
malam hari rehat di rumah (dengan tahap kemalasan 360`c) <--xjumpe symbol yg betul..hehehe


sibuk gak meng`list`kan
perkara2 yang perlu aku setelkan 
untuk `my mengejut big day`


macam2 yang perlu dibuat... tempah itu ini
rancang itu ini
 cume setakat nie sempat setelkan beberapa perkara :


1 andam + baju + pelamin


2 photographer


3 gudies for guest

elliesa kek




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...