sampailah akhirnya aku berjaya ke UKM. pon masih mak dan abah yang setia menghantar anaknya ini di hari pendaftaran.dan lazimnya, mak abah hanya peneman, aku akan uruskan segalanya sehingga kunci bilik asrama ada dalam tangan aku. dan abah tetap juga setia tolong angkat barang-barang aku yang banyak ke dalam bilik. cukup masa, mak abah nak berangkat balik. banting dengan bangi lagi dekat dari banting dengan kajang. tapi muka mak tetap menunjukkan dia berat hati melepaskan aku 4 tahun lagi dewasa di asrama. total hampir 11 tahun aku menghabiskan usia di asrama.
abah tak pernah jemu datang melawat ke asrama setiap minggu. biarpon cuma berbekalkan nasi dan sambal cili api kegemaran kami sekeluarga.cukup. cukup alasan abah untuk jenguk aku. konon kat asrama takde jual sambal tu.hehehe.
besarkan kasih mak dan abah. biar pon aku rasa cukup macho, cukup bangga tanpa tangisan atas usaha hidup berdikari aku. tapi saat aku sekali lagi akan meninggalkan rumah selepas aku bergelar isteri.. saat tempat ku kini di sisi suami..air mata anak perempuan mu ni mak abah..bukti kasih seorang anak buat orang tuanya.bukti aku sebenarnya belum puas hidup disamping kalian. bukti aku sebenarnya tidaklah terlalu tabah meninggalkan rumah. bukti rumah itu tetap syurga ku.dan mutiara gugur tanpa dapat ditahan-tahan lagi.
bila hati bernyanyi..jemari kan menari
4 Jul 2011
air mata seorang anak perempuan
ingat masa hari pertama ke tadika kemas kampung olak lempit? ye bukan mak yang hantar aku. bukan juga abah. tapi pakcik kesayangan aku tu yang hantar. wak kemad. dari kecil hidup aku lebih banyak dihabiskan di rumah wak kemad. wak kemad cuma hantar aku sehingga pintu bilik tadika tu je. cikgu yang sambut. aku ingat lagi. cikgu anom.dia baik. cikgu anom suruh aku duduk dengan budak-budak yang pakai baju sama dengan aku kt belakang kelas.ya, baju kotak-kotak kecil merah-putih, kain biru gelap.tapi diorang semua ada mak diorang yang teman.
aku agak terpinga-pinga nak duduk mana. tiba-tiba, ada sorang makcik cantik ni, dia tarik aku duduk kat riba dia. anak dia duduk sebelah dia. mak cik tu aku biasa tengok.kawan mak. sebab tu dia kenal aku kot. dia kata, kesin dia,nanti menangis pulak.menangis? hello makcik cantik, aku cool je ni. sikit pon tak sebak, ape entah lagi nak nangis. tak macho la kan menangis. tengok betapa berdikarinya aku datang tadika bawa diri sendiri.hehehe
pastu aku masuk sekolah rendah. sama sekolah dengan abang aku dan..mak aku..hehehehe.. cume sekolah agama je mak aku tak da la kan. abang yang hantar aku sampai pintu kelas. pastu dia tinggal aku. aku carilah tempat duduk sendiri dan cari kawan-kawan baru. tapi tak takut pon sebab semua muka-muka sama masa sekolah kebangsaan pagi tadi.
1998 aku ambik UPSR.Alhamdulillah tak di sangka-sangka aku salah seorang yang dapat 5A kat sekolah kampung tu. mak aku siap nangis-nangis peluk aku kat bilik guru. aku sengih je=D.. aku kan macho..hahahaha
rezeki aku dapat masuk sekolah berasrama penuh kat kajang. sekolah agama. aku kan ade niat nak jadi budak baik.hehehe. hari pertama daftar, aku cuak gak la.. tengok semua macam anak-anak orang kaya-kaya jaesemua. pandai-pandai. aku ni budak kampung je. dari seluruh negara budak-budak sekolah ni.
habis urusan akademik, mak dan abah hantar aku pegi asrama pulak. untuk pertama kali aku masuk dorm yang bakal menjadi tempat tinggal aku sepanjang aku berada kat smapkajang ni. waktu dh hampir untuk aktviti pertama minggu orientasi. aku dah tak sabar. mak pulak sedih sangat nak lepaskan anak perempuannya nia jauh dari mata.mak yang menangis. aku cuma senyum je=) excited nak jadi warga asrama. itu cita-cita aku dari kecik.hehehe. ala mak..bukan jauh pun banting dengan kajang ni=)
5 tahun berlalu. sampailah aku amik SPM. padahal budak-budak akaun dah habis periksa seminggu awal dari budak-budak sains. sepatutnya dah boleh ucap selamat tinggal awal kepada bumi smapkajang ni. tapi aku, aku tunggu sampai kertas terakhir SPM kat sekolah tu, baru aku lambai bye-bye kat kawan-kawan aku. kat dorm dan asrama aku.
nampak nye perjalanan aku mudah. lepas SPM aku dapat ke Kolej Matrikulasi Melaka. jauh skit la dari kampung aku. tak sampai 2 jam perjalanan pun.hikhikhik. kalau jalan kaki jauh tuanku, kalau naik kereta sekejap aje=) dan dah sebati dengan diri aku, aku sangat-sangat teruja untuk masuk asrama balik. asrama yang tinggi skit dari taraf asrama sekolah menengah..perasan gembira tu dah tak terkawal lagi..sampai aja dekat tempat pendaftran matrk ni, aku suruh mak dan abah duduk. aku tak mau la kan susahkan mak abah aku uruskan pendaftaran aku. kan aku dah besar. dah 18 tahun..cepat-cepat aku daftar, lepas tua ku cari geng-geng sekolah aku yang sama-sama dapat masuk kmm ni. memang haru-biru la suasana. =)
siap semua urusan, mak abah aku hantar la aku da barang-barang aku yang banyak tu ke asrama.uii...seronok nye aku. mak siap sound pedas punye "tengok rang lain semua sedih nak tinggal kat asrama, ko je yang suka sangat" hehehe ala..mak..mak. dan untuk sekian kalinya, sebelum mak lepaskan aku, mak peluk aku dengan air mata...

21 Jun 2011
khabar dari anakku
teringat iklan anmum materna yang syarifah shahirah berlakon tu, bila dia kata " bila melihat degup jantungnya." air mata dia pon mengalir... ingat tu lakonan semata. tapi Subhanallah itulah yang aku rasa dan alami saat melihat si kecil yang cuma 30.3mm itu nampak sempurna walaupon sangat kecil, bergerak-gerak. dan bila doctor tunjukkan degup jantungnya. memang jelas..dup.dap.dup.dap .. aku hanya mampu tersenyum lebar, mengucap Alhamdulillah atas kurniaan besar ini...dan Subhanallah melihat kuasaNya menghidupkan satu nyawa dalam rahim ku. ..dan air mata ini tak semena-mena mengalir perlahan ke pipi...
15 Jun 2011
14 Jun 2011
bosan aku dengan penat
bosan aku dengan penat
dan nyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika ku sendiri
oooo...
sapa yang fanatik dengan filem hebat ada apa dengan cinta a.k.a AADC pasti scene cinta menyayi kan seranggkap puisi rangga pada malam mereka berdating ini masih jelas dalam ingatan kan? atau mungkin cuma aku sorang je yang giler tahap cipan kat cite tue.. aku mmg suke scene tue, puisi sang juara dilagukan indah mengikut melodi karya melly goeslow.. saje, nak bgtau, aku tgh teringatkan kenangan-kenangan lama melayan lag-lagu melly goeslow. semua lagu dalam album sountrack aadc tue memang menjadi pujaan hati aku. dari dulu hingga kini. sampailah berjangkit ke cerita tentang dia. tapi filem heart tak menambat hati aku. cukuplah aku mengarut-ngarut arin..=) see yea
3 Jun 2011
muak
pernah tak korang rasa muak dengan sesuatu yang pernah jadi kesukaan korang. kesukaan yang menjadi kegilaan. bila dulu siang malam sesuatu itu lah yang sudi kau tatap tanpa bosan. tapi sekarang serasa macam tiada hati lagi meledeninya. mungkin pernahkan? kesukaan itu boleh jadi apa saja. main game kat lappy kesayangan korang. atau bergayut kat fon tengah malam dengan mamat yang korang tak berape nak minat.haha apa sajalah.
dan tiba-tiba aku hadapi situasi itu hari ini. bila novel depan mata ini tak lagi menarik hati aku untuk aku ulit mcm dulu-dulu. tak tau la pembawakan budak ke apa. tapi yang pasti.. baru habis satu perenggan, aku dah betul-betul berat hati nak teruskan. muak.muak dengan permulaan cerita yang dah sarat emosi. dah penuh dengan kesilapan dek mengikut perasaan.
ya ya, dulu menatap setiap baris tulisan-tulisan penulis , aku letakkan seluruh empati aku. menjadi kan diri sendiri watak dalam cerita. bukan sekadar menghayati tapi memasukkan segala rasa dalam jiwa. hingga sakit perit watak itu , aku yang menyentap-menyentap menangis. riang hati si pembawa cerita aku yang ketawa berlebihan...haha. dan pengembaraan cerita itu akan jadi pengalaman hidup aku. dia dicurangi aku yang menjadi benci. dia rasa malu, aku yang melata merah muka. haha..di tersenyum simpul disapa pujaan hati, aku yang terbang riang-riang sambil menyanyi.
tersenyum sendiri mengenang kegilaan dulu. setiap pelakon cerita bagai kenalan yang telah lama aku kenali. hingga kalau berkongsi dengan kawan-kawan, sebut nama saja aku boleh ulas seluruh novel=)walau novel aku tidak lah penuh satu bilik, tapi setiap karya yang ada aku halusi, aku nilai segala bahasa dan plot kisahnya, dan pastinya, setiap satu aku dah ulang baca sekurang-kurangnya dua kali:) yang istimewa di hati, 45 kali pon pernah aku ulang baca. hehe. ya mereka istimewa di hati aku. betul aku tamak. tamak nak kasi orang lain pinjam novel aku. taubat bila 2 novel aku dihilangkan orang.benci!
itu dulu.dulu masa masih si sunti yang tiap malam bergolek menghadap kesukaan yang satu itu. tiba-tiba hari ini. aku muak dengan permainan emosi dalam kertas putih bertaip warna-warna hitam ini. mungkin kerna menatapnya aku tidak lagi boleh berangan menjadi si watak pembawa cerita. sebab aku telah berhadapan realiti sebenar hidup. bukan lagi masa depan yang boleh aku bayangkan.tapi aku sedang menghadapi satu tahap lagi selepas bercinta-cinta. mungkin kerna aku sedang melalui sendiri jejak-jejak kesah menjadi seorang isteri buat suami yang dicintainya. dan coretan-coretan dalam helaian-helaian itu umpama omongan dusta, sedang nyatanya yang aku hadapi adalah berbeda.
atau mungkin kenyataannya sama. seperti terkena ke batang hidung sendiri. lalu terus membaca umpama berhadapan dengan kenyataan, umpama perjalanan hidup sendiri dilakonkan dihadapan mata. dan ego membataskan untuk berhadapan dengan cerita benar itu.mungkin. segalanya mungkin. aku harap ini hanya buat sementara saja. kerna aku masih sayangkan tulisan-tulisan kamu penulis semua.berkarya lah. !!!
30 Mei 2011
terima kasih Allah
tiada kata yang dapat kugambarkan
riangnya hati terima perkhabaran
yang pastinya penantian ini akan penuh debar
menghitung saat cukup 9 bulan
dan yang mampu terlafaz hanya
terima kasih Allah
.........
selamatlah anak ibu=)
riangnya hati terima perkhabaran
yang pastinya penantian ini akan penuh debar
menghitung saat cukup 9 bulan
dan yang mampu terlafaz hanya
terima kasih Allah
.........
selamatlah anak ibu=)
19 Mei 2011
hati ibu
saban purnama menunggu
khabar buat bergelar ibu
rentetan kehilangan pertama
menambah resah di hati pilu
lumrahnya setelah berstatus isteri
sesiapa jua pasti menantikan
menghitung kalendar setiap bulan
bagi hari-hari terlewati
satu pangkah ditandakan
dukacita rasa
bila rezeki masih belum terberi
dan doa kudus tetap dipohon
pada Tuhan ArRozak
pada kholiq YaMalik
yang Maha berkuasa ke atas segala kejadian
dalam resah membilang-bilang
siang berganti malam
hati kecil tetap merasakan
ada satu hati lagi yang hadir
5 Mei 2011
Belasungkawa
Hebatnya perancangan Allah
atas kesulitan aku untuk pulang ke kampung. Program keluarga pun tak dapat hadir, jemputan kawan baik di johor juga aku awal-awal dh mohon maaf tak dapat meraikan, jemputan kawan baik juga di pahang, juga perkahwinan kawan di kampung. semua nya aku mohon maaf awal kerna tak dapat meraikan.
rupa-rupanya Allah dh merancang sesuatu yg lebih hebat. bila mamu ( ayah mentua ) sakit malam 30 April yg lalu. dan terus mejadi tenat. lalu jam 11.50 , 1 mei 2011 di hospital pulau pinang, nafas terakhir nya terhembus. lalu kami semua berdukacita.al-fatehah.titik.

Langgan:
Catatan (Atom)