bila hati bernyanyi..jemari kan menari

31 Mac 2011

29 Mac 2011

sembuhkan lah YaAllah

telefon berbunyi pagi ahad tu. suara cemas mak, buat jantung aku berdetap. jauhkanlah lah dari fikiran buruk itu yaAllah.pintaku.

pada suami dan kelurganya aku khabar kan. berita-berita semasa akan terus masuk ke kotak pesanan telefon bimbit. debar. hanya Allah yang mengerti. 

petang, telefon berbunyi lagi. panggilan video. dari empunya diri. ya, dia masih tersenyum. masih risaukan, kenapa khabar nya sampai pada aku yang jauh. dia yang aku risaukan, aku pula yang dikhuatirinya. titis jernih mula merembes. melihat pilu wajahnya dari kejauhan. 

kondisinya masih belum jelas. cuma deritanya itu ku tafsir dari air mata puteri hati nan seorang. dan menggamit aku untuk sedih sama.

cuma satu bonda ku. tapi dia yang kedua. aku anak tunggal perempuan. tapi puterinya itu kakak. lalu sedih si kakak, ketahuilah.. aku juga merasakan . dalam hati hanya doa dapat ku bantu. dalam tangis, Allah tahu aku redha. aku pinta Allah permudahkanlah segalanya. 

senja, telekung telah tersarung. sementara menunggu imamku berwudhuk. sendu menggangu kerna fikiran melayang ke hospital kelahiran ku itu. moga dia baik-baik aja. demi melihat aku dan air mata si pencinta ku bersuara " kemas beg, kita balik malam ni"

aku tak beraksi. usai solat dan ku kucup tangannya, beg di bawah katil aku punggah dua tiga helai baju ke dalam nya. dan kami bergegas pulang ke banting. hajat hati nak singah terus ke wad. tapi pukul 12 malam itu, takut dihalau pengawal saja.

semalam, kami jejak ke hospital . setelah 25 tahun, aku kembali ke hospital tengku ampua rahimah ini. kata sepupuku " sejak keluar tak masuk-masuk.."
tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat lahir. walhal, aku bukan ingat pun saat aku dilahirkan kan?

dia aku hampiri. tapi dia sedang bertarung dengan sakit kepalanya. terhiris hati mendengar rengekan ibu yang sakit, yang lapar, yang rimas segala. tiada bantuan khas dr pihak hospital. mujur, pak cik yang sedang di mekah, mengutus anaknya, menghulur bantuan. dia dipindahkan ke KPJ selangor ( shah alam ). 

baru lah reda sedikit resah hati semua. dia diberi ubat. sakitnya berkurang dan dia mampu memejam mata. lena. biarlah rehatnya membawa dia jauh dari kesakitan. di  unit rawatan rapi itu, dia ku tinggalkan dengan tidur dengkurnya. 

juga pada kekanda ku, maaf aku tidak dapat bersama di sisi. malam tadi aku dan suami kembali ke sini. harapan hanya yang terbaik buat semua di sana.

25 Mac 2011

amukan alam



awan bergulung membawa mendung kelabu
langit jadi gelap
dunia jadi malap
namun warganya tetap berlalu
dengan haluan masing-masing

dan bila sore
hujan membadai bumi pun basah
air dari cerunan bukit
bagai air terjun lagaknya
nampak indah saujana mata
namun derasnya
bisa mengudang bencana
lalu jalanan jadi bergenang
dan warga-warga dunia ini
terkandas dek lintasan air
yang dalam

senja seakan awal tibanya
malam muda semacam telah melabuhkan tirai
dan mata menyaksikan
alam seakan menghantar pesanan
memberi amaran
memberi isyarat amarahnya

8 Mac 2011

hobi baru si pujaan hati

minatnya kereta. dari kecil, perhatiannya seringkali sengaja ditarik-tarik pada kenderaan itu. baik modelnya, baik si kecil mainan atau kereta yang benar-benar lalu-lalang di jalan raya itu.sudahnya ke syarikat kereta juga dia mencari rezeki.


jadi hari lahirnya tahun ini. kegilaanya yang satu itu aku hadiahkan. dan dia ada hobi baru. aku lah yang akan temankan dia merehatkan mindanya.


lalu tiba hujung minggu si kecil itu menunjukkan aksi lagaknya umpama dilitar lumba. padahal, cuma parkir di taman haiwan.hehehe




: D chak! itulah kereta control yang aku hadiahkan buat pujaan ku itu:p

5 Mac 2011

terima kasih



Kerana kau kekasih
Bermunajat di sepertiga malam
Memohon wangi bunga di kaki syurga

Bagi menyerikan perasaan
Bagi mendewasakan percintaan

Terima kasih
Kerana merantai ku dengan cinta
Kerana mengajar ku erti bahagia
Menjadi manusia




-loving born-

sejak aku mula kenal lagu. sejak aku diajar mendengar radio.sejak aku mula pandai bernyanyi sumbang.tak pernah sekali aku dalami bait-bait lagu ini. tapi pagi ini, setiap butir kata menerobos masuk satu persatu menyusup hati.

segala pujia bagi Allah Azzawajal

4 Mac 2011

tiga duri dihati bonda

telinga tertangkap judul cereka yang mengingatkan aku pada bonda di kampung. satu-satunya bonda bagi dunia dan akhirat ku. 


tiga duri dihati bonda..ya kisah kami 3 anaknya. penambah tawa dan duka dalam hidup bonda. racun dan penawar hati kecil bonda. 


ratu hatiku kami itu tiada pernah melahirkan sesalnya mendewasakan kami duri-duri dalam tamannya.membaja kami dengan kasih dan harta dunia.dengan sayang dan material secukupnya. permaisuri itu tetap saja berkorban jiwa raga, saat dan sakunya menyempurnakan kesukaan dan kemahuan duri-duri ini.duri-duri yang seringkali melukakan sentuhan kalbunya, yang acapkali mencalar pedih nuraninya. baik dengan kenakalan jiwa muda atau kisah duka pabila duri-duri ini tersagat kelansungan cita-cita.namun bonda tetap jua menyimpul indah senyumnya buat kami menjadi tombo ati kami dan hati tuanya.


kini duri-duri ini semakin tegap pacaknya, bersama tangkai yang kian menjalar menyungsung awan, berhias bunga mekar lambang kejayaan atas jasa bonda membesarkan.menyiram kami dengan nasihat, membelai kami dengan sentuhan hangat.


dan bonda..tetap menjadi warna sari buat duri-duri ini..

1 Mac 2011

MZ live in concert

AsSalam sahabat-sahabat sekalian..harap-harap semua nya baik-baik belaka

em sopan nye ayat saya hari ni;p
hehehee.. biasa la aku kan.. kejap kang sopan, kejap kang cam giller sket..hahaha.yang penting aku happy , kan?..kan?..

mula-mula aku nak cakap " rembo thanks" kat suami tercinta sebab bawa aku tgk konsert maher zain malam minggu aritu kt stadium malawati shah alam. pertama kali pegi konsert tu..hikhikhik. 
~rembo thanks tu bahasa tamil
~terimo kasih bangat tu bahasa jawa
~thank you very much tu bahasa inggeris
so korang tau kan apa bahasa melayu nya kan??? kalo tak tau silalah masuk tadika balik=D

konon nya nak tgk konsert islamic music kan so aku pon poyo lah pakai jubah.. hahaha jubah pinjam pulak tue;p


apa pun konsert tue memang best. tahniah buat team in-team as the organizer sebab berjaya anjurkan karnival yg pada aku cukup meriah. siap sedia tempat wudhuk, khemah solat, gerai dan ruang makan lengkap ade tong sampah, memang takde orang buang sampah merata ( itu yang sempat aku perhatikan lah). terima kasih gak sebab upgrade tiket kitornang..hehehe. itu yg kita mau.

pembukaan yang best tapi bila time MZ mula nyanyi, spoil tang pemain muzik. tak tau la mana silap. diorang tak practice ke, atau MZ yang dh pancit. agak kecewa sedikit (sikit je tau ) sebab muzik tue mcm  tak perfect. berape kali MZ tak dapat nak masuk lagu sebab muzik laju sangat. mujur lah peminat-peminat dia kat malaysia nie dah hafal a to z lagu-lagu dia ( kecuali aku ;p).

persembahan irfan makki pon boleh diberi 5 bintang. tapi kesian kat mesut kurtis.. takde sape follow dia nyanyi.. yela lagu dia sume bahasa arab..kurang menarik plak tue..jadi lmbt la org nak tangkap..huhuhu. 

secara keseluruhannya aku puas hati dapat tgk MZ live.. wlaupun dia hanya sebesar tapak tangan..hehehe
yang tambah puas nya bila dapat nyanyi lagu 'for the rest of my life ' dengan sayang aku ni=D

daaa....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...